Utusan Borneo (Sabah)

Rumah panjang musnah terbakar

-

MIRI: Lebih 400 penghuni rumah panjang di Bekelit, Sibuti dekat sini tinggal sehelai sepinggang setelah rumah panjang 81 pintu milik mereka termasuk beberapa rumah persendiri­an sekitarnya musnah dalam satu kebakaran petang Rabu.

Rumah panjang itu ditadbir oleh dua tuai rumah iaitu Tuai Rumah Jambai Jali (36 pintu) dan Tuai Rumah Majang Ringkai (45 pintu) tetapi masih bersambung di bawah satu bumbung kecuali beberapa rumah persendiri­an.

Menurut Jambai, kebakaran dipercayai­berlakusek­itarjam4.15 petang semalam memusnahka­n keseluruha­n struktur rumah panjang diperbuat daripada kayu itu.

“Punca kebakaran masih belum diketahui dan api marak memusnahka­n rumah panjang berstuktur tidak kekal (rumah kayu) kami dalam tempoh tidak sampai 15 minit,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo pada Rabu.

Api dikatakan bermula dari salah sebuah bilik di kawasan tengah lalu merebak ke bilik sebelah menyebelah dan dengan pantas marak ke seluruh rumah panjang terbabit.

Rumah panjang itu terletak kira-kira 75 kilometer dari Miri dan enam kilometer melalui jalan kampung dari laluan utama, Jalan Miri-Bintulu, dibina pada 1986.

Menurut Jambai, anggaran kerugian belum diketahui namun beliau bersyukur kerana semua penghuni berjaya keluar menyelamat­kan diri walaupun tidak dapat menyelamat harta benda dan dokumen penting masing-masing.

Katanya, hanya terdapat empat rumah persendiri­an terletak agak jauh sedikit, terselamat daripada kebakaran tersebut.

“Rumah persendiri­an saya yang sedang dibina berada di hadapn rumah panjang ini turut terbakar manakala pihak bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran,” jelasnya.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat Miri dan Lopeng bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 4.17 petang.

Sebanyak dua jentera bomba dan sebuah lori tangki dikejarkan ke tempat kejadian bersama 17 anggota dan tiga pegawai diketuai Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri Law Poh Kiong.

 ??  ?? TIDAK sampai 15 minit rumah panjang itu musnah keseluruha­nnya.
TIDAK sampai 15 minit rumah panjang itu musnah keseluruha­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia