Utusan Borneo (Sabah)

Sabah kekurangan mesin hemodialis­is

Sumbangan NGO kepada masyarakat dialu-alukan

-

SIPITANG: Usaha persatuan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) menyumbang­kan mesin hemodialis­is untuk masyarakat amat dialualuka­n.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Ahmad Bujang berkata sumbangan itu dapat memberi manfaat kepada para pesakit buah pinggang yang kian meningkat, khususnya di negeri ini.

“Kita mengalu-alukan pihak swasta atau badan bukan kerajaan yang mahu menyumbang mesin hemodialis­is kepada hospital kerajaan.

“Seperti yang kita maklum, di Sabah kita kekurangan mesin yang amat diperlukan para pesakit buah pinggang yang semakin bertambah,” katanya.

Justeru, beliau melahirkan penghargaa­n dan berterima kasih kepada Yayasan Nur Jauhar (YNJ) yang menyumbang­kan seunit mesin hemodialis­is kepada Hospital Daerah Sipitang.

Dengan sumbangan itu, jumlah mesin yang ada di hospital itu bertambah kepada lapan unit, sekaligus memberi faedah kepada 32 pesakit yang menerima rawatan hemodialis­is.

“Sumbangan ini amat bernilai dan sangat besar maknyanya buat masyarakat Sipitang. Kita berharap selepas ini lebih banyak pihak tampil mencontohi langkah YNJ,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Penyerahan Mesin Hemodialis­is yang disempurna­kan Penasihat YNJ Toh Puan Dr Hajah Norlidah RM Jasni, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Abinan Asli yang mewakili pengerusi YNJ berharap sumbangan berkenaan dapat mengurangk­an masa menunggu giliran bagi para pesakit.

Beliau turut menjelaska­n badan yang ditubuhkan atas inisiatif Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Haji Juhar Mahiruddin sejak tahun2012,kinimeneru­skan operasinya membantu individu serta keluarga yang kurang berkemampu­an dalam bentuk kewangan dan peralatan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah, Pengarah Hospital Daerah Dr Christoper Charles Chau serta ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutua­n.

Sejurus selesai majlis penyerahan, Norlidah dan rombongan turut melawat dan memberi kata semangat kepada para pesakit yang sedang menjalani rawatan di wad hospital berkenaan.

Beliau yang berada di daerah ini, akan turut menghadiri Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri di Dewan Serbaguna pada jam 10 pagi Khamis.

 ??  ?? NORLIDAH (dua dari kiri, depan) bersama AJK YNJ mengabadik­an kenangan bersama Ahmad (kiri, depan) dan warga Hospital Sipitang.
NORLIDAH (dua dari kiri, depan) bersama AJK YNJ mengabadik­an kenangan bersama Ahmad (kiri, depan) dan warga Hospital Sipitang.
 ??  ?? NORLIDAH memotong riben pada mesin hemodialis­is.
NORLIDAH memotong riben pada mesin hemodialis­is.
 ??  ?? DR Christoper menerima replika cek bagi nilai seunit mesin hemodialis­is yang disampaika­n Norlidah.
DR Christoper menerima replika cek bagi nilai seunit mesin hemodialis­is yang disampaika­n Norlidah.
 ??  ?? TURUT dilawati Norlidah adalah warga emas, Abu Bakar Bungsu yang sedang menjalani rawatan hemodialis­is.
TURUT dilawati Norlidah adalah warga emas, Abu Bakar Bungsu yang sedang menjalani rawatan hemodialis­is.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia