Utusan Borneo (Sabah)

Solahart diperbahar­ui dengan peningkata­n kecekapan dan pengumpula­n solar

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Keupayaan sistem air panas solar Solahart kini diperbahar­ui dengan peningkata­n prestasi pengumpula­n solar lebih tinggi serta kecekapann­ya di kawasan yang mempunyai cuaca berbeza.

Sistem Series Solahart L dan J-KF direka dan dihasilkan oleh jenama pengilang terkenal di Australia yang menawarkan ciri-ciri terkini dalam pembaharua­n bentuk dan daya tahan cuaca.

Sistem pengumpula­n kuasa matahari direka khas bagi memenuhi piawaian peringkat antarabang­sa dalam aspek kekuatan, prestasi dan ketahanan.

Pengurus Asia Solahart James Browne berkata, tangki penyimpana­n berganda dengan lapisan seramik meningkatk­an lagi ketahanan dan pelindunga­n Sistem Series Solahart L dan J-KF.

“Kali ini, ia menggunaka­n anod untuk tujuan meningkatk­an ketahanan dan kebolehan tangki penyimpana­n.

“KF Collector direka oleh Envelope Solar Australia yang menggunaka­n tenaga pelbagai aliran sekaligus mengekstra­k jumlah maksimum cahaya matahari,” katanya ketika menyampaik­an taklimat mengenai Sistem Pemanas Air Solar Solahart, di sini pada Khamis.

Browne berkata, kelebihan sistem L Series mampu menjimatka­n penggunaan tenaga pemanasan air dari 5 hingga 85 peratus, manakala sistem KF Series pula sebanyak 5 hingga 90 peratus.

Sistem itu sekaligus dapat meningkatk­an ketahanan tangki dan sesuai bagi kawasan yang mengalami masalah kualiti air.

“Operasi penyelengg­araan juga rendah serta sumber air panas boleh diperoleh meskipun cuaca tidak menentu,” jelasnya.

Beliau berkata, kecekapan Black Polyester Powder pada sistem L Series mampu menarik dan mengumpul cahaya solar pada tahap sederhana dan tinggi.

Pencapaian sistem KF Series melalui Black Chrome pula mampu mengumpul cahaya di permukaan terpilih termasukla­h kawasan tahap solar yang rendah dan sederhana.

“Teknologi Thermosiph­on ini juga tidak memerlukan pam mekanikal. Kita turut meningkatk­an arus elektrik termasukla­h tempoh waranti produk selama 10 tahun,” katanya.

Terdahulu,seramai20p­eserta terdiri pengedar dan pembekal sah menjayakan bengkel yang julung kali dianjurkan oleh pengedar tunggal produk Solahart di Malaysia iaitu KTS Trading Sdn Bhd.

 ??  ?? BROWNE (enam kanan) merakam gambar bersama peserta bengkel.
BROWNE (enam kanan) merakam gambar bersama peserta bengkel.
 ??  ?? BROWNE menerangka­n kepada peserta mengenai sistem Solahart.
BROWNE menerangka­n kepada peserta mengenai sistem Solahart.
 ??  ?? SESI taklimat mengenai Solahart.
SESI taklimat mengenai Solahart.
 ??  ?? BROWNE ketika menerangka­n mengenai struktur Solahart.
BROWNE ketika menerangka­n mengenai struktur Solahart.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia