Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan ExSabah ungguli tempat ketiga

Pertanding­an Bola Sepak Veteran Empat Penjuru 2017

-

KOTA KINABALU: Buat julung kalinya Persatuan Bekas-Bekas Pemain Sabah (Ex Sabah) baru-baru ini telah menyertai pertanding­an Bola Sepak Veteran Empat Penjuru 2017 sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Pertanding­an dianjurkan bersama Persatuan Bekas Pemain Malaysia dan Persatuaan Bekas Pemain Pahang berlangsun­g selama dua hari di Padang Sintetik Majlis Perbandara­n Kuantan, Pahang.

Dalam kejohanan tersebut sebanyak empat pasukan pilihan menyertain­ya iaitu pilihan Ex-Malaysia, ExSabah, Ex-Singapura dan pasukan Ex-Pahang selaku tuan rumah.

Pasukan Ex-Malaysia dan Ex-Singapura dinobatkan juara bersama sementara naib juara disandang Ex-Pahang sambil Ex-Sabah menduduki tempat ketiga.

Pengurus Pasukan ExSabah Azman Mastar berkata, pemain yang mewakili pasukan tersebut adalah bekas bekas pemain Sabah era tahun 80-an dan 90-an yang terdiri dari Simon Sambagn, Junidi Tuah, Charles Tindi, Paddy Edwin Paddy Edwin, Paul Hopin, Kasim @Sammy Ismail, Matlan Marjan, Yahya Datuk Kassim, Karti Tukimin, Dominic Minsi, Cyril Gom, Jinin Tinin, Razali Zinin, Gerald Mojiliu, Dul Alias dan Zulfikar Ahmad.

Presiden Ex-Sabah Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani dilantik sebagai pegawai pasukan, sementara Malim Surat dan Stanley Chew dipertangg­ungjawabka­n sebagai jurulatih pasukan.

Menurut Azman, penyertaan Ex-Sabah dalam kejohanan ini turut mendedahka­n kepada bekasbekas pemain Sabah untuk beraksi kembali bersama rakan-rakan seperjuang­an malah ada yang sepasukan semasa mewakili negara.

“Kejohanan ini merupakan satu wadah untuk mempertemu­kan semula bekas-bekas pemain yang pernah mewakili pasukan masing-masing di samping menjadi medan buat bekas-bekas pemain kebangsaan

kembali mempamerka­n aksi dan pengalaman yang dimiliki.

Katanya, ianya juga dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan bekas pemain yang menyertai kejohanan ini.

Tambah Azman, kejohanan tersebut juga turut menjadi wadah khususnya kepada pemain Ex-Sabah untuk merancang dan melaksanak­an pelbagai program sukan bola sepak bagi membantu Safa khususnya dalam

memenuhi aspirasi Presiden Bola Sepak Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Haji Aman untuk meletakkan kecemerlan­gan sukan bola sepak di negeri ini.

Turut menyaskika­n perlawanan akhir pertanding­an itu ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberikan sokongan dan menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Kesemua pasukan menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan medal yang disampaika­n Tengku Abdullah.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN Ex-Sabah ketika meraikan kejayaan mereka menduduki tempat ketiga pada pertanding­an itu.
PASUKAN Ex-Sabah ketika meraikan kejayaan mereka menduduki tempat ketiga pada pertanding­an itu.
 ??  ?? PASUKAN Ex-Sabah dan Ex-Malaysia mengabadik­an gambar kenangan sebelum perlawanan bermula.
PASUKAN Ex-Sabah dan Ex-Malaysia mengabadik­an gambar kenangan sebelum perlawanan bermula.
 ??  ?? BEKAS pemain Sabah bersama bekas pemain Singapura Fandi Ahmad mengabadik­an gambar kenangan selepas majlis makan malam sempena pertanding­an tersebut.
BEKAS pemain Sabah bersama bekas pemain Singapura Fandi Ahmad mengabadik­an gambar kenangan selepas majlis makan malam sempena pertanding­an tersebut.
 ??  ?? PASUKAN Ex-Sabah diketuai James Wong, Hasan Sani dan Azman Mastar mengabadik­an gambar kenangan bersama Tengku Abdullah (tengah) selepas majlis penyampaia­n hadiah.
PASUKAN Ex-Sabah diketuai James Wong, Hasan Sani dan Azman Mastar mengabadik­an gambar kenangan bersama Tengku Abdullah (tengah) selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? PENGURUS Pasukan Ex-Sabah Azman Mastar mengabadik­an gambar kenangan bersama bekas pemain Singapura Fandi Ahmad.
PENGURUS Pasukan Ex-Sabah Azman Mastar mengabadik­an gambar kenangan bersama bekas pemain Singapura Fandi Ahmad.
 ??  ?? PRESIDEN Ex-Sabah Datuk James Wong sambil diperhatia­n Azman (kiri) Setiausaha Agung Ex-Sabah Yahya Datuk Kassim (dua dari kiri) Bendahari Zulfikar Ahmad (kanan) dan Datuk Hassan Sani (dua dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada bekas ketua pasukan kebangsaan Datuk Soh Chin Aun.
PRESIDEN Ex-Sabah Datuk James Wong sambil diperhatia­n Azman (kiri) Setiausaha Agung Ex-Sabah Yahya Datuk Kassim (dua dari kiri) Bendahari Zulfikar Ahmad (kanan) dan Datuk Hassan Sani (dua dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada bekas ketua pasukan kebangsaan Datuk Soh Chin Aun.
 ??  ?? PASUKAN Ex-Sabah mengabadik­an gambar kenangan bersama Ex-Singapura sebelum perlawanan bermula.
PASUKAN Ex-Sabah mengabadik­an gambar kenangan bersama Ex-Singapura sebelum perlawanan bermula.
 ??  ?? PENGURUS Pasukan Ex-Sabah Azman Mastar (kiri) menerima sumbangan set jersi daripada penganjur sempena pertanding­an tersebut.
PENGURUS Pasukan Ex-Sabah Azman Mastar (kiri) menerima sumbangan set jersi daripada penganjur sempena pertanding­an tersebut.
 ??  ?? KETUA pasukan Ex-Sabah Matlan Marjan memperkena­lkan para pemain Sabah kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
KETUA pasukan Ex-Sabah Matlan Marjan memperkena­lkan para pemain Sabah kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia