Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tekad catat penamat menang

Perlawanan terakhir Liga Premier berdepan N. Sembilan malam ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah bertekad membuat penamat menang dengan menumbangk­an Negeri Sembilan pada perlawanan terakhir saingan Liga Premier di Stadium Likas malam ini (sepak mula 9.00 malam).

Pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim berkata, adalah baik jika dapat membuat penamat menang walaupun ia lebih kepada sekadar pelengkap jadual.

“Kita telah terapkan bahawa memburu kemenangan adalah sasaran utama dalam setiap perlawanan tidak kira di mana atau apapun kedudukan kita.

“Sebab itu saya berharap akan melihat persembaha­n yang dahagakan kemenangan daripada pasukan esok (malam ini).

“Saya percaya pemain tahu apa yang dituntut dari mereka.. sayajugaya­kinbarisan­jurulatih yang diketuai Jelius Ating juga telah menyediaka­n `ramuan’ terbaik bagi menghadapi Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi.

Sambil itu, Jelius juga menegaskan kepada pemain bahawa kemenangan sangat penting demi maruah pasukan.

“Lebih-lebih lagi kita akan beraksi di gelanggang sendiri dan kita juga berisiko untuk jatuh satu anak tangga jika tidak bernasib baik.

“Di samping itu juga, perlawanan malam esok (malam ini) adalah peluang bagi pemain membuktika­n kesungguha­n mereka kerana kita sudah mula melakukan persiapan untuk musim depan...pemain perlu sedar mengenai itu,” katanya.

Jelius berkata, beliau akan menurunkan kesebelasa­n terbaik dari senarai pemain yang terhad.

“Beberapa pemain kita mengalami kecederaan termasukla­h yang terbaru, Dendy Lowa dan kita terpaksa ketepikan dia untuk perlawanan esok.

“Bagaimanap­un, kita mendapat semula khidmat pemain tengah, Maxsius Musa yang sebelum ini mengalami kecederaan dan besar kemungkina­n Azzizan Nordin juga akan diturunkan walaupun baru pulih,” katanya.

Beliau berkata, kesemua pemain import iaitu Francis Kasonde, Heo Jaenyong, Lee Gil Hoon dan Rodoljub Paunovic akan turut memperkuat­kan Sang Badak.

Jelius membayangk­an kesebelasa­n dengan mengekalka­n Rozaimie Rohim sebagai penjaga gol utama dan dibantu tiga pertahanan iaitu Rawilson Batuil, Francis dan Randy Baruh Samson.

Jaenyong, Azzizan dan Sabri Sahar akan mengemudi bahagian tengah dengan bantuan Maxsius dan Jenius di sayap kanan dan kiri manakala Gil Hoon dan Paunovic menjadi sandaran menggempur di hadapan.

Sabah kini berada di tangga ketujuh liga dengan 27 mata selepas 21 perlawanan dengan rekod lapan menang, tiga seri dan 10 kalah.

Sebagai rekod, ia adalah pertemuan keempat keduadua pasukan musim ini di mana tiga pertemuan sebelum ini berpihak kepada Negeri Sembilan.

Pertemuan pertama pusingan pertama saingan

“Kita telah terapkan bahawa memburu kemenangan adalah sasaran utama dalam setiap perlawanan tidak kira di mana atau apapun kedudukan kita. Sebab itu saya berharap akan melihat persembaha­n yang dahagakan kemenangan daripada pasukan ” esok (malam ini). DATUK JUIL NUATIM Pengurus pasukan Sabah

liga, Negeri Sembilan menang 3-0 di Stadium Paroi pada 20 Januari yang juga perlawanan pertama.

Dua pertemuan lagi adalah dalam saingan Piala FA pusingan suku akhir di mana Sabah kecundang 0-1 perlawanan pertama di Stadium Likas pada 1 April dan tersingkir apabila hanya seri tanpa jaringan perlawanan kedua di Stadium Paroi pada 21 April.

 ??  ??
 ??  ?? JELIUS
JELIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia