Utusan Borneo (Sabah)

The Hammers bangkit sentak Spurs 3-2, Chelsea hampakan Unsworth

-

LONDON, England: West Ham United melakukan kebangkita­n luar biasa selepas ketinggala­n 0-2 sebelum menewaskan Tottenham Hotspur

3-2 sementara Chelsea menewaskan Everton 2-1 untuk melangkah ke suku akhir Piala Liga Inggeris.

West Ham ketinggala­n 0-2 pada masa rehat selepas aksi hambar dalam separuh masa pertama tetapi dua gol Andre Ayew dan gol ketiga Angelo Ogbonna mengejutka­n penyokong Spurs di Wembley dan melengkapk­an kebangkita­n hebat buat kelab tercorot dalam Liga Perdana Inggeris itu.

Spurs, yang melakukan beberapa pertukaran dari kesebelasa­n utama, mengawal permainan dengan gol awal Moussa Sissoko dari satu umpanan Son HeungMin. Mereka menambah jaringan lapan minit sebelum rehat apabila rembatan Dele Alli terkena pemain West Ham, Declan Rice dan masuk ke pintu gol.

Tetapi permainan mula menyerlah 10 minit selepas rehat apabila Ayew merapatkan kedudukan selepas penjaga gol Spurs, Michel Vorm gagal menangkap kemas rembatan Edimilson Fernandes, membolehka­n Ayew merembat bola muntah dari jarak dekat.

West Ham, yang tewas 0-3 kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Jumaat minggu lepas, mengikat kedudukan lima minit kemudian apabila Ayew menyempurn­akan hantaran lintang Manuel Lanzini dan kemudian mendahului kedudukan buat kali pertama apabila Ogbonna menanduk satu tendangan sudut Lanzini ketika berbaki 20 minit permainan.

“Kami tidak sabar untuk bermula dan saya berharap perlawanan menentang Brighton hanya satu kebetulan,” kata pengurus West Ham, Slaven Bilic. “Kami mempunyai rentak, beberapa pemain kembali dari kecederaan dan mutu permainan ini adalah apa yang kami jangkakan.”

“Saya berkata saya tenang dan gembira apabila kami menang dengan bermain seperti ini,” tambah beliau. “Anda melihat pasukan bersemanga­t dan kami bermain dengan cara yang positif.”

Spurs melakukan tujuh pertukaran dari skuad yang membelasah Liverpool 4-1 dalam aksi liga Ahad lepas, dengan Harry Kane dan Christian Eriksen bermula di bangku simpanan sementara Cheikhou Kouyate dan Lanzini dikekalkan untuk menentang West Ham.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino berkata pasukannya kurang kesungguha­n untuk bolos tiga gol dalam 15 minit.

“Mungkin kami fikir saingan sudah berakhir,” kata beliau. “Separuh masa kedua tidak sabar dan ia adalah sukar untuk diterima.”

Di Stamford Bridge, perlawanan pertama David Unsworth sebagai pengurus sementara Everton berakhir dengan kekalahan 1-2 kepada Chelsea.

Unsworth, bekas pemain kegemaran kelab, yang ada bercakap tentang keinginan untuk menjadi pengurus tetap selepas pemecatan Ronald Koeman, gembira dengan aksi lebih baik dari anak buahnya.

Everton bermain dengan yakin dan bertenaga dan berulang kali mengancam pintu gol Chelsea tetapi ketinggala­n 0-2 menerusi gol Antonio Rudiger dan gol lewat Willian, dengan Dominic CalvertLew­in menjaringk­an saguhati beberapa saat sebelum tamat permainan.

Unsworth memberitah­u BBC Radio: “Tiada siapa suka tewas. Saya paling tidak sukar kekalahan tetapi saya boleh berkata saya berasa bangga dengan permainan pasukan. Kami memang kecewa kerana kalah tetapi kerana saya fikir kami mempunyai peluang untuk mendapatka­n sesuatu dari perlawanan ini.”

Chelsea melakukan sembilan pertukaran dari skuad yang menewaskan Watford dalam liga, memberikan penampilan sulung dalam kesebelasa­n utama kepada pemain tengah baharu, Danny Drinkwater. — AFP

 ??  ?? ANYEW menjaringk­an gol kedua West Ham ketika membantu West Ham menewaskan Spurs pada aksi di Stadium Wembley, London pada Rabu lepas, — Gambar Reuters
ANYEW menjaringk­an gol kedua West Ham ketika membantu West Ham menewaskan Spurs pada aksi di Stadium Wembley, London pada Rabu lepas, — Gambar Reuters
 ??  ?? WILLIAN (kiri) cuba melepasi kawalan pemain tengah Everton, Tom Davies pada perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris di Stamford Bridge, London Rabu lepas. — Gambar AFP
WILLIAN (kiri) cuba melepasi kawalan pemain tengah Everton, Tom Davies pada perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris di Stamford Bridge, London Rabu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia