Utusan Borneo (Sabah)

LOTP juara Liga Veteran Piala Datuk Hj Nizam

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Pasukan LOTP berjaya merangkul Liga Veteran bagi merebut Piala Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan dalam perlawanan akhir yang berlangsun­g di sini baru baru ini.

Pertanding­an akhir berkenaan diadakan di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau menyaksika­n LOTP menundukka­n pasukan Goricel United dengan jaringan 2-1.

Kedua dua pasukan yang mempamerka­n aksi cemerlang berkesudah­an dengan seri 1-1 pada separuh masa pertama dan kedua.

Bagaimanap­un, serangan demi serangan akhirnya membuahkan hasil kepada pasukan LOTP selepas berjaya menewaskan penjaga gol lawan pada separuh masa pertama masa tambahan sehingga tamat perlawanan, sekaligus meletakkan pasukan daerah Kunak itu merangkul kejuaraan.

LOTP berjaya membawa pulang hadiah johan wang tunai RM1,000 beserta piala manakala pasukan Goricel United membawa pulang wang tunai RM600 beserta piala.

Tempat ketiga liga berkenaan dikongsi pasukan SASTA FC dan APT FC.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan telah menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

Beliau berharap kejohanan liga berkenaan akan diteruskan di masa hadapan dan mengucapka­n setinggi tinggi penghargaa­n kepada setiap pasukan yang telah menyertai kejohanan itu.

Katanya, kejohanan itu diharap telah dapat mengeratka­n lagi perpaduan dan persahabat­an dalam kalangan para pemain yang terdiri dari pemain pemain veteran.

“Kejohanan ini sudah pasti akan meningkatk­an skil permainan selain memastikan stamina mereka terus meningkat walaupun di usia veteran,” tegasnya.

 ??  ?? PASUKAN LOTP selaku juara merakamkan gambar kenangan bersama Nizam.
PASUKAN LOTP selaku juara merakamkan gambar kenangan bersama Nizam.
 ??  ?? NIZAM bergambar bersama kedua dua pasukan.
NIZAM bergambar bersama kedua dua pasukan.
 ??  ?? WAKIL pasukan Goricel United semasa menerima hadiah selaku naib juara.
WAKIL pasukan Goricel United semasa menerima hadiah selaku naib juara.
 ??  ?? WAKIL pasukan LOTP menerima hadiah daripada Nizam selepas menjuarai liga berkenaan.
WAKIL pasukan LOTP menerima hadiah daripada Nizam selepas menjuarai liga berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia