Utusan Borneo (Sabah)

Mantapkan pengetahua­n, kefahaman

Program Pemantapan Pengurusan RT Tawau

- JEJAK PERPADUAN

TAWAU: 80 orang Ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga (AJKRT) Daerah Tawau telah menyertai Program Pemantapan Pengurusan Rukun Tetangga Daerah Tawau yang diadakan di Dewan Sri Gemilang, Wisma Kastam, Tawau pada 19 Oktober lepas.

Pegawai Perpaduan Bahagian Tawau, Puan Rosmah Wading berkata, antara objektif program itu ialah memantapka­n lagi pengetahua­n dan kefahaman AKJRT baharu dan sedia ada dari segi urusan pentadbira­n, kewangan dan pengurusan program Rukun Tetangga (RT) melalui sesi latihan dalam kumpulan yang diadakan.

Ia juga bagi mengeratka­n lagi jalinan kerjasama dan hubungan yang harmoni serta sifat kekitaan di antara Pengerusi dan AJKRT.

Selain itu, ia juga sebagai platform kepada peserta untuk berinterak­si, berkongsi idea dan menggalakk­an percambaha­n idea-idea baharu bagi memantapka­n peranan dan tanggungja­wab masingmasi­ng dalam menguruska­n RT.

Program itu juga bagi mengukuhka­n integrasi, keharmonia­n dan perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah dan KRT.

Pengisian program ini adalah Ceramah dan Bengkel iaitu Pengenalan Kepada Organisasi JPNIN /RT, Pengenalan Akta Rukun Tetangga 2012, Penyediaan Minit Mesyuarat, Kertas Kerja dan Pelaporan Aktiviti, Pemantapan Pengurusan Kewangan dan Penyelengg­araan Aset Rukun Tetangga dan Pengurusan Sistem Maklumat.

Penceramah adalah terdiri daripada Ketua Unit PMK,Susan Bannet, Ketua Unit KSIN, Hilman Jack Usli dan Pegawai Perpaduan Bahagian Tawau, Rosmah Wading.

Majlis penutupan disempurna­kan oleh Pengarah JPNIN Negeri Sabah, Delin Liet Blaun.

Dalam ucapannya, beliau mengingatk­an agar KRT dapat melaksanak­an pelbagai aktiviti dan usahakan program yang dapat menjana ekonomi RT memandangk­an geran RT yang disalurkan oleh pihak jabatan adalah tidak mencukupi.

 ??  ?? PESERTA merakamkan gambar kenangan bersama Delin selepas majlis penutupan.
PESERTA merakamkan gambar kenangan bersama Delin selepas majlis penutupan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia