Utusan Borneo (Sabah)

KRT Kampung Kuala Pekan Kimanis adakan sambutan Hari Sukan Negara

-

KIMANIS: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kuala Pekan Kimanis tidak ketinggala­n mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara yang disambut di seluruh negeri baru-baru ini.

Sambutan ini adalah bertujuan untuk menggalakk­an kesihatan dengan bersukan di samping merapatkan hubungan silaturahi­m antara semua komuniti demi perpaduan yang dibina.

Pelbagai acara diadakan seperti larian sihat sejauh 1 kilometer, senaman aerobik, pemeriksaa­n kesihatan dan ceramah daripada agensi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dapat memberikan banyak infoinfo terkini kepada tetamu yang hadir dalam sambutan berkenaan.

Seramai 380 orang peserta yang hadir dalam program ini dapat mencermink­an bahawa masyarakat Pekan Kimanis juga menyedari tentangpen­tingnyakes­ihatan terhadap tubuh badan kita.

Sambutan Hari Sukan Negara dirasmikan oleh Pengerusi Belia Sri Puteri Kimanis , Saudah Sarzaman mewakili Adun Bongawan Datuk Mohamad Bin Haji Alamin.

Program seumpama ini melibatkan pelbagai agensi luar seperti Pemadam, Polis, Pvatm,kbs,lengenda Borneo, Kelab Basikal Kimanis, Belia Sri Putri Kimanis, PDM Kimanis Estate, JKKK Kg.Kuala, Belia Parlimen Kimanis, Kospen, RELA dan KRT Kg.Kuala Pekan Kimanis.

Sambutan ini sangat berguna kepada komuniti setempat untuk melihat sendiri dan memberi perhubunga­n yang mudah kepada komuniti untuk mereka bersemuka dengan agensi-agensi berkenaan.

 ??  ?? ANTARA peserta yang terlibat dalam Hari Sukan Negara KRT Pekan Kimanis.
ANTARA peserta yang terlibat dalam Hari Sukan Negara KRT Pekan Kimanis.
 ??  ?? SAUDAH Sarzaman menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil agensi yang mengambil bahagian.
SAUDAH Sarzaman menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil agensi yang mengambil bahagian.
 ??  ?? AJK KRT Pekan Kimanis bergambar bersama tetamu kehormat.
AJK KRT Pekan Kimanis bergambar bersama tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia