Utusan Borneo (Sabah)

60 belia Gum Gum ikuti Kem Transforma­si Minda Belia

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seramai 60 belia dan beliawanis dari kawasan Gum Gum menyertai Kem Transforma­si Minda Belia Daerah Sandakan anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, di sini.

Majlis penutupan program tiga hari itu telah disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris di sebuah hotel terkemuka pada Khamis.

Dalam ucapan beliau, Zakaria yang juga Adun Gum Gum menasihati peserta program supaya menggunaka­n peluang yang ada untuk mengembang­kan pengetahua­n dalam bidang keusahawan­an.

Menurut beliau, program itu adalah untuk memberi peluang kepada semua pencari pekerjaan, belia dan beliawanis di daerah ini yang masih belum mendapat pekerjaan demi meningkatk­an lagi pengetahua­n tentang potensi diri dalam bidang keusahawan­an.

Melalui program itu katanya, belia dan beliawanis mendapat peluang untuk berkenalan dan bersua muka dengan usahawan yang berjaya di Sandakan.

“Para peserta juga diperuntuk­kan kepada beberapa agensi yang memberi pinjaman kewangan untuk tujuan berniaga. Adalah disarankan agar belia dan beliawanis merebut peluang seperti ini untuk menceburik­an diri dalam bidang keusahawan­an,” katanya.

Beliau berharap program anjuran bersama Sabah Job Centre itu dapat diadakan setiap tahun di daerah ini supaya belia yang tidak dapat hadir bersama pada kali ini pun tidak tercicir mendapatka­n peluang seperti itu.

“Saya juga amat berharap supaya program seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membantu belia, beliawanis dan pencari pekerjaan di daerah Sandakan mendapat maklumat berhubung peluang pekerjaan yang terkini,” katanya.

Hadir sama ialah Ketua Penolong Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Haji Awang Haji Awang Hussin, Penolong Setiausaha Kanan Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat merangkap penyelaras program Felicia Sindan, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz dan Ketua Pemuda Umno Libaran Rizan Aziz.

 ??  ?? ZAKARIA (tengah) merakamkan gambar bersama para pegawai dan peserta Kem Transforma­si Minda Belia.
ZAKARIA (tengah) merakamkan gambar bersama para pegawai dan peserta Kem Transforma­si Minda Belia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia