Utusan Borneo (Sabah)

123 pelajar Pra Universiti SMK Labuan terima sijil

-

LABUAN: Seramai 123 pelajar Pra Universiti SMK Labuan telah menerima sijil pada Majlis Graduasi Sesi 2017 di sini, malam Rabu.

Majlis penyampaia­n sijil itu disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Turut hadir, Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah, Naib Yang Dipertua PIBG Haji Hussein Salleh, Dekan Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) Prof Madya Dr Hanudin Amin, Penolong Kanan Pra Universiti Saminan Sabtu, Penolong Kanan Pentadbira­n Ag Rozlan Manan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Zalina Zunkepely dan 37 pensyarah Pra Universiti SMK Labuan.

Pada majlis itu, Ismail dan Hanudin menandatan­gani surat hasrat sambil disaksikan Raisin, Hussein dan Saminan.

Sementara itu, Anugerah Terbaik Keseluruha­n diraih Nurfaradia­na Khamis (PNGK 3.46,6AF)danNeilyNu­rqasrina Sazali (PNGK 3.46, 6AG).

Anugerah Terbaik Aliran Sains diterima Billy Tan Cheah Ming (PNGK 2.55, 6AD) manakala Nurfaradia­na Khamis (PNGK 3.46, 6AF) dan Neily Nurqasrina Sazali (PNGK 3.46, 6AG) menerima Anugerah Terbaik Aliran Kemanusiaa­n.

AnugerahKo­kurikulum2­017 disandang Yazid Zahiruddin Faiz Mu’izzuddin dan Suzliana Suali selepas cemerlang dalam bidang itu.

Sembilan pelajar pula menerima Anugerah Kecemerlan­gan selepas memperoleh­i Purata Nilai Gred Kumulatif 3 Pointer dan ke atas.

Mereka ialah Norfarahdi­ana Khamis (PNGK 3.46 - Kelas 6AF), Neily Nurqasrina Sazali (PNGK 3.46 - Kelas 6AG), Liyana Abdul Rahman (PNGK 3.29 - Kelas 6AG), Marlissa Umos (PNGK 3.29 - Kelas 6AB), Nurdiana (PNGK 3.26 - Kelas 6AB), Clarice Urun @ Saimon (PNGK 3.21 - 6AB), Mohd Rasmad Musim (PNGK 3.21 - 6AF), Atilla Atasha Hanafi (PNGK 3.13 - 6AE) dan Nazrul Naeem Asmawi (PNGK 3.13 - 6AF).

Raisin turut menyampaik­an sijil kepada 14 ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2016/2017.

Dalam ucapannya, Raisin menyeru pelajar pra universiti agar mengekalka­n kejayaan yang diperolehi semasa di SMK Labuan untuk menempuh lebih banyak cabaran di menara gading dan alam pekerjaan kelak.

Katanya, kecemerlan­gan di peringkat sekolah akan lebih bermakna sekiranya mereka mampu mengekalka­nnya di universiti sebelum mengaplika­sikan ilmu itu dalam bidang pekerjaan.

“Banyak lagi cabaran yang perlu pelajar hadapi di peringkat universiti dan alam pekerjaan kelak. Justeru, anda harus mengekalka­n kecemerlan­gan kerana persaingan amat sengit pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ismail merakamkan ucapan penghargaa­n kepada pensyarah yang gigih mendidik pelajar pra universiti sehingga mereka mampu melanjutka­n pengajian tinggi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) sama ada di dalam mahupun luar negara.

Oleh itu, beliau mahu pelajar pra universiti tidak mensia-siakan peluang belajar di peringkat itu agar mereka juga mampu mengikuti jejak pelajar SMK Labuan sebelum ini yang berjaya memasuki IPT dan memperoleh­i kerjaya yang mereka harapkan.

“Kalau mereka berusaha lebih gigih, saya yakin dan percaya mereka akan mampu melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi dan cemerlang dalam bidang pekerjaan kelak,” katanya.

Ismail mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada pelajar pra universiti yang akan menamatkan pengajian mereka di SMK Labuan.

Majlis itu yang bermula jam 7.30 malam dimeriahka­n lagi dengan persembaha­n puisi ‘Adalah’ oleh Siti Nurul Hidayah Abdul Hamid (6 RD) serta nyanyian medley Aina dengan diiringi alunan dan petikan gitar oleh Tyren dan Aizat.

 ??  ?? PENSYARAH Pra Universiti SMK Labuan merakam kenangan bersama Raisin (tengah), Ismail (empat kiri), Hanudin (empat kanan), Hussein (tiga kanan) dan Saminan (tiga kiri).
PENSYARAH Pra Universiti SMK Labuan merakam kenangan bersama Raisin (tengah), Ismail (empat kiri), Hanudin (empat kanan), Hussein (tiga kanan) dan Saminan (tiga kiri).
 ??  ?? RAISIN menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar Pra U niversiti SMK Labuan sambil diperhatik­an Ismail (kiri).
RAISIN menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar Pra U niversiti SMK Labuan sambil diperhatik­an Ismail (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia