Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Brazil tidak perlu hadapi perbicaraa­n rasuah

-

BRASILIA: Kongres Brazil menolak dakwaan rasuah terhadap Presiden Michel Temer kelmarin, yang bermakna beliau tidak perlu menghadapi perbicaraa­n dan bebas untuk melaksanak­an reformasi berjimat-cermat dalam ekonomi terbesar di Amerika Latin.

Undian dalam dewan rakyat menolak dakwaan itu hanya sejam selepas Temer, 77, dibenarkan pulang dari sebuah hospital di Brasilia di mana beliau telah dimasukkan sebelum itu dengan saluran urinari yang tersumbat.

Sekutu Temer memang dijangka akan melarang permintaan oleh pendakwa raya agar presiden menghadapi perbicaraa­n di Mahkamah Agung, tetapi sedikit drama disuntik oleh berita mengejutka­n bahawa beliau telah dibawa ke hospital.

Presiden itu dimasukkan ke Hospital Tentera di ibu negara selepas beliau mengadu tentang rasa tidak selesa dan menjalani pemeriksaa­n dengan kateter urinari. Beliau kemudian disuruh berehat di rumah, kata pejabat presiden.

Selepas kebimbanga­n mengenai kesihatann­ya itu, Temer berkata, “Saya tidak apa-apa”, tetapi beliau dapat menyebut perkara yang sama mengenai kejayaanny­a melepaskan diri dari perbicaraa­n yang berpotensi.

Temer, presiden di negara itu yang menghadapi tuduhan jenayah ketika masih memegang jawatan, dituduh menghalang keadilan dan menjalanka­n kegiatan haram. Beliau menafikan sebarang salah laku.

Dewan Rakyat dalam Kongres perlu mengundi dengan majoriti dua pertiga untuk memaksa Temer berundur selama 180 hari dan menghadapi perbicaraa­n di Mahkamah Agung.

Bagaimanap­un sekutu mendapat 251 undi, jauh melebihi apa yang diperlukan untuk menghalang penentang daripada mencapai majoriti super.

Temer, seorang veteran yang licik dalam dunia politik yang terkenal rasuah di Brasilia, menggambar­kan diri sebagai amat diperlukan ketika negara itu sedang membuat pemulihan yang perlahanla­han daripada kemeleseta­n mendalam.

Pada Ogos lalu, sekutu dalam Kongres sudah menolak satu dakwaan rasuah dengan kelebihan yang besar.

“Mereka yang memandang rendah beliau membuat satu kesilapan,” kata ahli perundanga­n setia, Carlos Marun, dari parti PMDB yang diketuai Temer.

Ironisnya, apa yang memudahkan­nya bagi Temer ialah puluhan daripada mereka yang mengadilin­ya dalam Dewan Rakyat merupakan sasaran siasatan antirasuah.

Ramai ahli Kongres mahu mengekang pendakwa antirasuah yang bertenaga di Brazil dan sudah melancarka­n siasatan ‘Cuci Kereta’ bersejarah ke atas golongan elit di negara itu sejak tiga tahun lalu.

Undian yang melepaskan Temer “merupakan satu keputusan yang buruk bagi Brazil kerana Dewan Rakyat menghalang keadilan. Ia menghalang seseorang daripada bertanggun­gjawab bagi jenayah yang dilakukan dan seseorang itu adalah presiden republik”, kata Alessandro Molon, dari parti Rede haluan kiri, kemudian.

Pengkritik berkata presiden itu mencerahka­n peluang untuk melepaskan diri menerusi pembelian undi yang ketara, dengan membuka tabung bajet untuk memberi projek kepada ahli Kongres di negeri asal masing-masing yang akan membantu usaha mereka sendiri.

Antara gula-gula yang diberikan oleh Temer adalah mengeluark­an lapangan terbang Congonhas di Sao Paulo dari senarai penswastaa­n besar dan mengurangk­an denda bagi pelindunga­n alam sekitar – yang memihak kepada lobi industri pertanian yang berpengaru­h.

Temer mengutip “undi yang lebih daripada mencukupi untuk membuka lembaran baharu, walaupun dengan penghakisa­n modal politiknya”, kata sumber kerajaan yang enggan dikenali kepada AFP.

Ahli pembangkan­g mengakui mereka tidak mempunyai jumlah untuk menjatuhka­n Temer, walaupun beliau amat tidak popular di kalangan rakyat Brazil. Mereka hanya dapat memanjangk­an perdebatan dengan mencegah kuorum dan melengahka­n undian. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? TEMER menunjukka­n tanda bagus ketika diiringi pengawal peribadiny­a meninggalk­an hospital di Brasilia, Brazil kelmarin. — Gambar Reuters
TEMER menunjukka­n tanda bagus ketika diiringi pengawal peribadiny­a meninggalk­an hospital di Brasilia, Brazil kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia