Utusan Borneo (Sabah)

Boko Haram bunuh enam askar Nigeria

-

KANO: Sekurang-kurangnya enam askar maut dalam pertempura­n sengit apabila Boko Haram menyerang sebuah pangkalan tentera dan menjarah makanan daripada penduduk kampung di timur laut Nigeria, kata tentera dan saksi kelmarin.

Pelampau jihad yang menaiki enam trak pikap menye-rang pangkalan tersebut di perkampung­an Sasawa, kira-kira 45 kilometer dari ibu kota negeri Yobe, Damaturu, sekitar jam 5 petang Selasa lepas.

Kolonel Kayode Ogunsanya memberitah­u AFP dari Damaturu: “Serangan dilakukan oleh pengganas Boko Haram ke atas sebuah lokasi tentera di perkampung­an Sasawa yang menyebabka­n kematian pada kedua-dua pihak.”

Beliau tidak memberi maklumat lanjut tetapi seorang ketua tempatan di kawasan itu berkata: “Enam askar maut dalam serangan itu selain beberapa pelampau Boko Haram.

“Pertempura­n sengit berlaku dan berterusan sehingga tengah malam,” katanya yang enggan dikenali kerana takut kepada pembalasan.

“Apabila lelaki bersenjata itu menyedari mereka akan ditewaskan, mereka meminta tentera tambahan dan lebih ramai pelampau tiba dengan menaiki tiga trak.”

Mereka mengepung pangkalan, memaksa askar untuk berundur.

Pejuang pemberonta­k kemudian memasuki perkampung­an, yang sudah ditinggalk­an oleh penduduk untuk mengelak peperangan.

Seorang lagi penduduk tempatan, Aisami Gremah, menyokong laporan ketua itu.

Dia menambah: “Boko Haram memunggah bijirin daripada hasil tuaian barubaru ini ke atas trak pikap dan bergerak ke arah Kareto dan Magumeri di negeri Borno yang bersebelah­an.”

Serangan Boko Haram ke atas pangkalan tentera merupakan taktik yang kerap digunakan selepas kumpulan itu semakin besar dan kuat, menggunaka­n senjata dan peluru yang dirampas untuk menawan beberapa kawasan di timur laut pada 2013 dan 2014.

Namun serangan sedemikian dan serbuan langgar lari ke atas kampung terpencil kini sudah dikurangka­n dengan drastik di negeri Yobe sejak operasi antiserang­an tentera bermula pada awal 2015, yang menurut kerajaan telah melemahkan kumpulan pelampau itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia