Utusan Borneo (Sabah)

Penggubal undang-undang Ukraine cedera dalam cubaan membunuh

-

KIEV: Seorang penggubal undang-undang Ukraine cedera dan pengawal peribadiny­a maut kelmarin dalam satu kejadian dipercayai serangan bom yang menurut partinya adalah satu cubaan membunuh.

Televisyen Espresso di Kiev berkata anggota Parti Radikal, Igor Mosiychuk, hendak meninggalk­an studionya selepas selesai mengadakan wawancara apabila sebuah alat letupan meletup dekat sebuah skuter yang diletak di tepi jalan.

Kementeria­n dalam negeri Ukraine berkata seorang individu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala tiga lagi cedera.

Parti Radikal berkata lelaki yang maut adalah pengawal peribadi Mosiychuk.

“Cubaan membunuh Mosiychuk dikaitkan dengan aktiviti profesiona­l dan pandangan politiknya,” tulis pemimpin Parti Radikal Oleg Lyashko dalam Facebook.

“Jelas sekali, ini adalah angkara badan sulit musuh kita,” katanya yang dipercayai merujuk kepada Rusia.

Letupan itu merupakan kejadian terbaharu dalam siri serangan bom yang melanda ibu negara Ukraine yang menyasari ahli politik dan seorang wartawan.

Bekas penggubal undangunda­ng Rusia Denis Voronenkov – seorang pengkritik Kremlin yang berpindah ke Kiev – ditembak mati pada waktu siang di ibu negara Ukraine pada Mac lalu.

Bom kereta turut membunuh wartawan Pavlo Sheremet pada Julai 2016. Pemberita laman berita bebas Ukrainska Pravda itu telah mengecam hala tuju politik yang diambil oleh Rusia dan Ukraine dalam kerjanya.

Kedua-dua kes itu masih belum diselesaik­an.

Parti Radikal membangkan­g kerajaan pada nama sahaja tetapi juga bersedia untuk bekerja sama dengannya pada masa lalu.

Mosiychuk sendiri menghabisk­an 2011-2014 dalam penjara selepas dituduh terlibat dalam sebuah kumpulan “pengganas” ultranasio­nalis.

Penggubal undang-undang berusia 45 tahun itu dibebaskan dari penjara setelah pemberonta­kan pro-Kesatuan Eropah di Ukraine pada Februari 2014.

Beliau seterusnya terbabit dalam kes rasuah pada 2015 yang pada akhirnya digugurkan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia