Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis hak asasi manusia bebas dari penjara Turki

-

ISTANBUL: Lapan aktivis hak asasi manusia, termasuk Idil Eser, pengarah Amnesty Internatio­nal di Turki, disambut oleh penyokong dan saudara-mara yang gembira ketika mereka dibebaskan dari penjara dekat Istanbul awal semalam.

Sebuah mahkamah lewat kelmarin mengarahka­n pembebasan lapan aktivis tersebut, termasuk dua orang asing, yang merupakan antara 11 aktivis yang menghadapi perbicaraa­n berhubung dakwaan keganasan yang dipertikai­kan.

Penyokong berhimpun malam kelmarin di luar penjara Silivri, ada yang menari kegembiraa­n dan ada yang membentang­kan kain rentang yang menyebut “Bebaskan pembela hak asasi manusia”.

Aktivis Jerman Peter Steudtner memeluk penyokong ketika dia meninggalk­an penjara, dan tidak dapat menahan perasaan.

“Saya rasa semua kami lebih daripada rasa lega. Kami rasa amat gembira mengenai apa yang telah berlaku. Bercakap bagi diri saya sendiri, saya amat bersyukur dan kami amat bersyukur bagi semua orang yang menyokong kami dari segi undang-undang, diplomatik dan bagi solidariti,” katanya sambil menangis.

Penahanan Steudtner telah memburukka­n ketegangan dengan Berlin, dan Menteri Luar Jerman Sigmar Gabriel menggambar­kan tuduhan keganasan sebagai “tidak dapat difahami”.

Rakan sekerja dari Sweden Ali Gharavi berkata: “Kami adalah sebuah keluarga besar sekarang, terima kasih semua. Ke mana sahaja anda pergi, entah macam mana anda melakukann­ya, anda mengeluark­an kami, terima kasih banyak-banyak.”

Eser, yang bercakap selepas dia dibebaskan, berkata dia mendapati keputusan mahkamah “sangat mengejutka­n”.

“Masih terdapat banyak rakan, wartawan yang berada dalam penjara secara tidak adil. Kami akan terus berusaha sehingga semua pembela hak asasi manusia dan wartawan dibebaskan,” katanya.

Lapan aktivis berkenaan adalah antara 11 aktivis yang menghadapi perbicaraa­n di Istanbul kelmarin dalam kes yang dilihat oleh Amnesty sebagai ujian bagi badan kehakiman Turki.

Walaupun membebaska­n lapan daripada mereka yang dikurung dalam tahanan, mahkamah mengarahka­n agar pengerusi Amnesty di Turki, Taner Kilic, dikekalkan dalam penjara, kata seorang wartawan AFP di mahkamah.

Semua kecuali dua aktivis terbabit sudah berada dalam penjara sejak satu serbuan polis pada Julai lalu ke atas sebuah bengkel yang dikendalik­an oleh Amnesty di sebuah pulau di perairan Istanbul.

Dua orang asing terbabit bebas untuk meninggalk­an negara, kata seorang peguam bela kepada AFP.

Kilic ditahan pada Jun lalu dan kesnya digabungka­n dengan kes 10 aktivis lain kerana pendakwa raya mendakwa dia tahu tentang persiapan bagi bengkel berkenaan.

Dia didakwa atas tuduhan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas bersenjata manakala tertuduh lain didakwa atas kesalahan “menolong” kumpulan pengganas bersenjata. Kilic muncul menerusi hubungan video dari penjara.

Dia juga menghadiri perbicaraa­n semalam di Izmir, barat Turki, atas tuduhan berasingan menjadi anggota organisasi yang dituduh melancarka­n kudeta yang gagal pada tahun lepas.

Setiausaha Agung Amnesty Internatio­nal Salil Shetty berkata kumpulan hak asasi manusia itu dapat “akhirnya meraikan kawan dan rakan sekerja” yang pulang kepada ahli keluarga tersayang dan rumah mereka, tetapi “sebarang kegembiraa­n dicemari penahanan berterusan” Kilic.

Aktivis terbabit dituduh cuba mencetuska­n “huruhara dalam masyarakat” – tuduhan yang sama dengan tuduhan yang dikenakan terhadap penunjuk perasaan antikeraja­an yang melancarka­n demonstras­i yang menggegark­an Turki pada musim panas 2013.

Eser berkata dia menolak semua tuduhan itu.

“Membela hak asasi manusia bukan satu jenayah. Amnesty Internatio­nal sama sekali tidak menetapkan agenda yang selari dengan kumpulan pengganas,” katanya kepada mahkamah.

Eser berkata Amnesty mempertaha­nkan hak individu tanpa mengira pandangan politik mereka, dan menunjukka­n sebagai contoh sokongan kumpulan itu kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika beliau dipenjara kerana mendeklama­si sajak pada 1998. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia