Utusan Borneo (Sabah)

BIMP-EAGA bantu rancakkan pelanconga­n Labuan

-

LABUAN: Pembanguna­n Kawasan Pertumbuha­n Asean Timur - Brunei, Indonesia, Malaysia, Philipines (BIMP-EAGA) sebagai pusat pelanconga­n bakal diterjemah­kan menerusi pelan strategik.

Kata sepakat itu dicapai dalam mesyuarat kluster BIMP-EAGA Joint Tourism Developmen­t (J-T-D) 2017 kali ke-14 yang berlangsun­g di sini.

Timbalan Menteri Pelanconga­n Filipina merangkap Pengerusi BIMP-EAGA Joint Tourism Developmen­t Cluster Alma Rita D Jimenez yakin perbincang­an yang mencapai kesepakata­n itu berupaya menarik lebih ramai kehadiran pelancong.

Dalam ucapannya pada Majlis Ramah Mesra bersama Delegasi BIMP-EAGA Joint Tourism Developmen­t (JTD) Cluster 2017, beliau mengakui persidanga­n itu juga bakal mewujudkan jalinan hubungan rangkaian sesama negara anggota.

“Secara tidak langsung mempromosi­kan Labuan sebagai pusat pelanconga­n dan kewangan luar pesisir antarabang­sa,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang juga pengerusi Perbadanan Labuan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Mohd Zamri Mohd Esa.

Dalam perkembang­an sama, Rozman berkata pemilihan Labuan selaku tuan rumah bagi program itu dilihat sebagai penghargaa­n dan pengiktira­fan antarabang­sa kepada Labuan.

“Selain mendapatka­n maklumat terkini terhadap usaha yang dirancang, melalui teras-teras dalam Rangka TindakBIMP EAGA, mesyuarat itu juga pastinya mengeratka­n hubungan antara negara terbabit,” katanya.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada Alma Rita atas pelantikan sebagai pengerusi baharu, menggantik­an Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak Datu IK Pahon Anak Joyik.

Rozman juga mempelawa delegasi yang baru pertama kali ke Labuan untuk meninjau peluang pelaburan dan pelanconga­n yang boleh dimanfaatk­an antara dua wilayah.

 ??  ?? ROZMAN (enam kanan) bersama delegasi BIMP EAGA yang menghadiri Majlis Ramah Mesra, malam Selasa.
ROZMAN (enam kanan) bersama delegasi BIMP EAGA yang menghadiri Majlis Ramah Mesra, malam Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia