Utusan Borneo (Sabah)

Malam Apresiasi Negaraku 2017

Japen Sabah iktiraf sumbangan, pencapaian cemerlang warganya

-

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan (Japen) Sabah mengiktira­f sumbangan serta pencapaian cemerlang warganya menerusi Malam Apresiasi Negaraku 2017.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, organisasi cemerlang sesebuah jabatan didukung oleh kakitangan yang cemerlang. Antara ciri kecemerlan­gan adalah mempunyai tahap inovasi yang tinggi.

“Umumnya, inovasi merupakan cetusan idea dan inovasi dalam aspek kerja yang dapat meningkatk­an kecekapan serta keberkesan­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an.

“Sehubungan itu, sebagai sebuah jabatan yang memainkan peranan penting dalam penyebaran dasar kerajaan, saya menyokong penuh usaha Japen Sabah dalam mengiktira­f kakitangan yang menunjukka­n tahap inovasi tinggi sepanjang tahun 2017,” katanya semasa berucap merasmikan majlis itu di sini, malam Rabu.

Hajiji berkata, pengiktira­fan sedemikian dapat memberi suntikan motivasi kepada kakitangan untuk bekerja dengan lebih cemerlang, seterusnya peranan jabatan akan lebih berkesan.

Terdahulu, Pengarah Japen Sabah Swady Guliling berkata, dalam era globalisas­i tenaga kerja awam khususnya di Japen tidak boleh mengekalka­n sistem kerja sedia ada.

Beliauturu­tmenggesak­akitangan Japen agar sentiasa kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran masa kini dan akan datang.

“Semoga melalui majlis apresiasi ini akan dapat melonjak dan menyuntikk­an semangat dalam kalangan kakitangan Japen untuk memperbaha­rui komitmen serta memperkuku­hkan lagi amalan budaya kerja berkualiti agar dapat menyampaik­an dasardasar kerajaan dengan lebih berkesan sehingga ke akar umbi,” katanya.

Sebanyak 21 anugerah inovasi kategori individu dan kumpulan serta Anugerah Khas Pengarah telah disampaika­n pada majlis itu.

Dalam pada itu, Hajiji juga menyempurn­akan penyampaia­n tujuh kategori Anugerah Keceriaan Merdeka Negaraku sempena Bulan Kebangsaan 2017 yang lepas.

Antaranya, Kategori Bangunan Kerajaan yang dimenangi Taman Pertanian, Tenom; Kategori Kampung Tradisi, Kampung Merampong, Keningau; Kategori Sekolah oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Limbanak, Penampang; Kategori Individu, Mohd Affendy Abdullah; Kategori Pintu Gerbang oleh Komuniti 1Malaysia Kampung Pimping, Membakut; Kategori Anjung Komuniti, K1M Pekan Weston; dan Anugerah Khas kepada Yayasan Suria.

Turut disampaika­n, hadiah bagi Pertanding­an Foto NegaraKu Merdeka Sehati Sejiwa dan Pertanding­an Poster NegaraKu sempena Bulan Kebangsaan 2017.

Selain itu, Hajiji juga menyampaik­an Anugerah Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Champion Peringkat Kebangsaan Kategori WOW Faktor kepada PMR Kota Kinabalu.

Turut hadir, Pengarah Pertanian SabahDatuk­IdrusShafi­e,Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa, Timbalan Pengarah Bahagian Perancanga­n Strategik dan Penyelidik­an Japen Malaysia Naim Fahmi Ahmad Tajuddin dan wakil Yayasan Kebajikan Suria Awang Rablah Salih.

“Sebagai sebuah jabatan yang memainkan peranan penting dalam penyebaran dasar kerajaan, saya menyokong penuh usaha Japen Sabah dalam mengiktira­f kakitangan yang menunjukka­n tahap ” inovasi tinggi sepanjang 2017. DATUK SERI PANGLIMA HAJIJI NOOR Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? PARA penerima anugerah bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.
PARA penerima anugerah bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.
 ??  ?? TAMAN Pertanian Tenom dinobatkan pemenang Kategori Bangunan Kerajaan bagi Anugerah Keceriaan NegaraKu sempena Bulan Kebangsaan 2017. Idrus (dua dari kanan) menerima hadiah itu disampaika­n Hajiji (tengah).
TAMAN Pertanian Tenom dinobatkan pemenang Kategori Bangunan Kerajaan bagi Anugerah Keceriaan NegaraKu sempena Bulan Kebangsaan 2017. Idrus (dua dari kanan) menerima hadiah itu disampaika­n Hajiji (tengah).
 ??  ?? SMK Limbanak, Penampang menerima hadiah kemenangan Kategori Sekolah bagi Anugerah Keceriaan NegaraKu sempena Bulan Kebangsaan 2017.
SMK Limbanak, Penampang menerima hadiah kemenangan Kategori Sekolah bagi Anugerah Keceriaan NegaraKu sempena Bulan Kebangsaan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia