Utusan Borneo (Sabah)

Masalah dapat perhatian kerajaan

2,000 penduduk tiga kampung tarik nafas lega

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Kira-kira hampir 2,000 penduduk di tiga kampung di kawasan DUN Liawan yang tinggal di sepanjang tebingan anak sungai menarik nafas lega apabila masalah mereka mendapat perhatian kerajaan.

Menurut penduduk di sepanjang tebingan anak sungai itu, iaitu Kg Kadalakan, Kg Masak dan Kg Kauran, walaupun anak sungai merupakan sumber hidup utama nanum apabila hujan lebat air sungai akan melimpah mengakibat­kan banjir kilat sehingga menjejaska­n hasil tanaman malahmemba­hayakannya­wa penduduk kampung.

Pengerusi JKKK Kadalakan Atin Manjinai dan Ketua Kampung Masak Eson Aris mengatakan anak sungai di kedua-kedua kampung itu perlu dilurus dan diperdalam­kan kerana apabila musim hujan air sungai akan melimpah sehingga menyebabka­n banjir kilat yang mejejaskan

“Sejumlah RM200 juta diperlukan untuk melurus dan mendalamka­n termasuk membina tebatan banjir di anak-anak sungai di Kg Masak sejauh satu kilometer, Kg Kadalakan sejauh 1.5 kilometer serta anak sungai di Kg Mempikit sehingga ke Sungai Pegalan sejauh dua kilometer.” DATUK HAJI SAIRIN KARNO Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Adun Liawan

hasil pertanian penduduk seperti sawah padi, sawit dan sebagainya.

Seorang penduduk di Kg Kauran, Sudirman Majid berterima kasih kepada kerajaan kerana membina tebatan banjir serta mendalamka­n anak sungai di kampung itu.

Sementara itu, dalam tinjauan permasalah­an penduduk kampung berkenaan, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Adun Liawan Datuk Haji Sairin Karno berkata, sejumlah RM200 juta diperlukan untuk melurus dan mendalamka­n termasuk membina tebatan banjir di anak-anak sungai di Kg Masak sejauh satu kilometer, Kg Kadalakan sejauh 1.5 kilometer serta anak sungai di Kg Mempikit sehingga ke Sungai Pegalan sejauh dua kilometer.

Katanya, dua anak sungai di kawasan DUN Liawan, melibatkan lebih 5,000 penduduk yang tinggal di sepanjang tebing sungai iaitu di Kg Limbawan dan Kg Tuarid Liawan, telah diperdalam dan diluruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran serta pihak kontraktor yang dilantik, melibatkan peruntukan RM30 juta.

Dalam lawatan itu, Sairin turut meninjau projek pembinaan rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) serta jalan-jalan sawah dan padang bola di Kg Kadalakan.

 ??  ?? SAIRIN (berdiri, tengah) bersama penduduk dan kakitangan UPPM Liawan meninjau projek pembinaan rumah PBR di Kg Kadalakan.
SAIRIN (berdiri, tengah) bersama penduduk dan kakitangan UPPM Liawan meninjau projek pembinaan rumah PBR di Kg Kadalakan.
 ??  ?? SAIRIN meninjau pembinaan tebatan banjir di Kampung Kauran.
SAIRIN meninjau pembinaan tebatan banjir di Kampung Kauran.
 ??  ?? SAIRIN mendengar permasalah­an penduduk.
SAIRIN mendengar permasalah­an penduduk.
 ??  ?? SALAH seorang penduduk menunjukka­n hasil tanaman sawah padi yang terjejas banjir kilat.
SALAH seorang penduduk menunjukka­n hasil tanaman sawah padi yang terjejas banjir kilat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia