Utusan Borneo (Sabah)

20 rumah rosak di Matunggong akibat angin kencang

-

MATUNGGONG: Sejumlah 20 rumah mengalami kerosakan di daerah kecil ini akibat angin kencang dan ribut sejak beberapa hari lepas.

Bagi meringanka­n beban mangsa bencana, Ahli Dewan Undangan Negeri Matunggong Datuk Jelani Hamdan telah melawat rumah mangsa termasuk di Kampung Rondomon untuk menyampaik­an bantuan berupa zink dan bahan binaan.

“Selain menyampaik­an bantuan zink kepada empat keluarga mangsa di Kampung Rondomon, saya juga sempat melawat dan menyerahka­n bantuan zink, papan lapis serta bahan binaan lain untuk membina rumah seorang warga emas yang juga balu, iaitu Inai Sinorizan.

“Sumbangan itu diharap mencukupi untuk membina rumah beliau kerana sebelum ini penduduk kampung telahpun mendermaka­n kayu beruti, papan dan lain-lain untuk Inai,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Jelani, Team Samod Samora dan penduduk kampung akan mengadakan gotong royong untuk menyiapkan rumah Inai Sinurizan pada Sabtu ini.

Selain Inai Sinorizan, beliau juga sempat melawat warga emas yang uzur di Kampung Rondomon dan menyampaik­an bantuan zink kepada tiga lagi mangsa ribut di kampung berkenaan.

Selain empat rumah di Kg Rondomon, beliau juga menyumbang bahan binaan seperti atap zink dan lainlain di Kampung Tuhau, Kampung Angkob, Kampung Merbau, Kampung Sikuati dan Kampung Bonsiku.

Jelani meminta mangsa ribut agar bersabar menghadapi bencana alam itu.

 ??  ?? JELANI menyerahka­n bantuan papan lapis kepada Inai Sinorizan semasa melawat ibu tunggal itu.
JELANI menyerahka­n bantuan papan lapis kepada Inai Sinorizan semasa melawat ibu tunggal itu.
 ??  ?? JELANI mesra bersama seorang warga emas semasa meluangkan masa melawat mereka.
JELANI mesra bersama seorang warga emas semasa meluangkan masa melawat mereka.
 ??  ?? JELANI menyampaik­an bantuan zink kepada seorang mangsa ribut di Kg Rondomon, Matunggong.
JELANI menyampaik­an bantuan zink kepada seorang mangsa ribut di Kg Rondomon, Matunggong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia