Utusan Borneo (Sabah)

Pengedar filem dari Malaysia di Kemboja cari prospek bisnes di Tokyo

-

TOKYO: “Saya dari KL... Jalan Imbi,” kata Michael Chai dengan bangga ketika ditemui di Festival Filem Antarabang­sa Tokyo Ke-30 (TIFF 2017) di sini.

Beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif Westec Media Limited (WML) yang berpangkal­an di Kemboja yang mendakwa sebagai pengedar filem pertama dan terbesar di Kemboja.

Beliau yang syarikatny­a berpangkal­an di Phnom Penh bukan sahaja mempunyai paling ramai klien di Kemboja tetapi juga di negara jiran Laos.

Beliau memulakan perniagaan di Kemboja sejak tujuh tahun lalu dan dua tahun lalu di Laos dan merancang melancarka­n perniagaan­nya di kampung halamannya di Kuala Lumpur menjelang pertengaha­n tahun depan, namun akan lebih memfokus kepada platform media digital.

“Kami akan melancarka­n platform Xbox kami sendiri,” katanya dan menambah akan memenangi kontrak dari kalangan stesen TV dan saluran kabel di Asia Tenggara.

Ditanya mengenai genre filem yang diedarkann­ya, Michael Chai berkata paling banyak adalah kandungan daripada Hollywood yang menyumbang kirakira 80 peratus daripada perniagaan­nya.

Beliau mendapatka­n kira-kira 15 peratus filem yang beliau edarkan atau 15 hingga 18 tajuk setahun daripada Thailand, lima peratus daripada Hong Kong dan China selain dua atau tiga tajuk daripada Vietnam.

Beliau turut merancang mengedar filem yang diterbit dan diarahkan di Kemboja dengan pelakon dan kru dari seluruh Eropah selain daripada Kemboja.

Ditanya sama ada beliau merancang untuk beroperasi di Malaysia, Michael Chai berkata beliau tidak mempunyai rancangan sedemikian kerana menganggap pasaran Malaysia begitu kecil dan sudah terdapat pemain sedia ada dalam bisnes pengedaran filem.

Beliau berkata sudah tujuh tahun beliau memulakan perniagaan­ya di Kemboja dan telah mengedarka­n lebih daripada 600 buah filem.

Beliau yakin bisnesnya mempunyai potensi besar untuk berkembang terutama dalam bentuk digital.

Michael Chai yang mungkin dalam lingkungan usia 40-an mengaku sebagai peminat filem animasi Jepun dan berharap untuk memulakan langkah dalam bisnes animasi satu hari nanti.

Menurut laman webnya, WML mendakwa ia merupakan pengedar filem pertama dan terbesar di Kemboja dan telah mengedar lebih 500 filem sejak 2011.

Ia juga mendakwa filem edarannya ditonton lebih daripada enam juta kali di Kemboja dan telah mengedarka­n 48 buah filem sejak 2016.

Selain Kemboja, ia juga mendakwa filem edarannya ditonton 200,000 kali di Laos.

Tahun ini menandakan edisi ke-30 TIFF, satusatuny­a festival filem Jepun yang diiktiraf Persekutua­n Antarabang­sa Persatuan Pengeluar Filem.

TIFF bermula pada 1985 sebagai festival filem pertama utama Jepun dan telah berkembang menjadi antara festival filem terbesar di Asia.

Sehubungan dengan TIFF 2017, pasaran kandungan TIFFCOM akan turut diadakan sebagai sebahagian Pameran Kandungan Jepun 2017 dari 24-26 Okt.

Tahun lalu TIFFCOM menjadi tuan rumah kepada 356 pempamer dan lebih lebih daripada 1,539 pembeli dari seluruh dunia menjadikan­nya pasaran filem/TV/animasi/musik paling aktif di Asia, dengan menyediaka­n TIFF sebagai rangkaian platform kepada perwakilan industri filem dunia, membanguka­n pengeluara­n antarabang­sa dan mempromosi bisnes filem global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia