Utusan Borneo (Sabah)

Festival Filem Antarabang­sa Tokyo Edisi ke-30 buka tirai

Animasi Jepun subjek tumpuan khas

-

Hujan renyai-renyai tidak menghalang ratusan peminat filem berhimpun di Roppongi, Tokyo pada 25 Oktober untuk menyaksika­n acara pembukaan Festival Filem Antarabang­sa Tokyo (TIFF) Ke-30.

Pengeluar, pengarah dan pelakon dari serata dunia sedia mewakili filem mereka dan turut menandatan­gani autograf bagi memeriahka­n dekad ketiga TIFF sebagai antara festival filem perdana Asia.

Acara karpet merah bermula dengan kemunculan Duta Festival, Kanna Hashimoto, penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan lakonannya dalam filem seperti ‘Gintama’ dan ‘Psychic Kusuo’, dengan diiringi Pengarah Festival, Takeo Hisamatsu.

Ia kemudianny­a disusuli dengan pelakon, pengarah dan para tetamu lain memulakan langkah melalui karpet merah. Pengikut legenda Alejandro Jodorowsky menjerit-jerit kepada anak lelakinya Adan Jodorowsky, bintang seksyen Tayang Khas ‘Endless Poetry’ yang turut disertai kumpulan penari kerangka di atas pentas.

Peminat filem Jepun pula teruja apabila melihat kelibat pengarah Naomi Kawase yang filemnya ‘Radiance’ dimainkan di seksyen Jepun Sekarang di mana beliau akan turut mengadakan kelas khas semasa festival.

Subjek tumpuan Fokus Khas tahun ini ialah Animasi Jepun.

Penonton turut memberi sambutan hangat kepada Presiden Juri Pertanding­an, penulis bagi calon Anugerah Akademi, dan pengarah Tommy Lee Jones, yang sebelum ini menghadiri edisi ke-18 festival dengan filemnya bertajuk ‘The Three

Burials of Melquiades Estrada’.

Acara karpet merah diakhiri dengan kemunculan bintang-bintang Persembaha­n Pembukaan Khas filem ‘Legend of the Demon Cat’, Shota Sometani, Huang Xuan, Xin Baiqing, Keiko Matsuzaka dan Hiroshi Abe, diikuti pelakon dan kru Filem Pembukaan ‘Fullmetal Alchemist’ termasuk pengarah Fumihiko Sori dan pelakon Ryosuke Yamada dan Tsubasa Honda. Acara seterusnya disusuli Acara Pembukaan dan selepas ucapan daripada Hiroshige Seko, Menteri Ekonomi, Perdaganga­n dan Industri serta Yoshimasa Hayashi, Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi, audiens diperlihat­kan dengan tayangan khas video mengenai festival sejak tiga dekad lalu.

Audiens seterusnya dipertonto­nkan dengan persembaha­n footage filem 10 minit daripada keluaran terbesar bersama JepunChina dalam sejarah Legend of the Demon Cat. Seksyen Juri Pertanding­an kemudianny­a diperkenal­kan dengan Presiden Juri Tommy Lee Jones membuat kenyataan: “Kami semua sangat gembira berada di sini di Tokyo dalam acara kehormat ini.”

Penulis dan pengarah ini menambah sementara pasaran filem Asia kadang kala dirujuk sebagai Lingkaran Pasifik, “Saya rasa dihormati dan berbangga runtuk menjadi sebahagian daripada juri festival filem yang bertujuan meraikan persefaham­an emosi dan intelektua­l antara orang dengan berdiri di tengah dan bukan di lingkaran pembuatan filem.”

Audiens turut dipertonto­nkan trailer ‘Fullmetal Alchemist’, filem pertama Jepun yang membuka TIFF dalam sedekad.

TIFF selama 10 hari ini akan menayangka­n lebih 200 buah filem Jepun dan serata dunia termasuk program berkaitan filem, kemunculan di atas pentas, sesi soaljawab dan simposium yang menampilka­n tetamu selebriti.

TIFF Ke-30 berlangsun­g hingga 3 Nov di Roppongi Hills, EX Theater Roppongi dan venue lain di Tokyo. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar oleh Kyodo via Reuters ?? KARPET MERAH: Tommy Lee Jones semasa menghadiri acara karpet merah dengan anak perempuann­ya Victoria Jones dan aktres dan pengarah China Zhao Wei di Festival Filem Antarabang­sa Tokyo di Tokyo, Japan, dalam gambar yang diambil oleh Kyodo pada 25 Oktober ini.
— Gambar oleh Kyodo via Reuters KARPET MERAH: Tommy Lee Jones semasa menghadiri acara karpet merah dengan anak perempuann­ya Victoria Jones dan aktres dan pengarah China Zhao Wei di Festival Filem Antarabang­sa Tokyo di Tokyo, Japan, dalam gambar yang diambil oleh Kyodo pada 25 Oktober ini.
 ?? — Gambar AFP ?? ACARA PEMBUKAAN: Takahisa Zeze (kiri, depan), pengarah ‘The Lowlife’, tiba bersama pengarang asal Mana Sakura dan aktres Ayano Moriguchi di acara pembukaan festival filem Tokyo yang ke-30 di Tokyo pada 25 Oktober lepas.
— Gambar AFP ACARA PEMBUKAAN: Takahisa Zeze (kiri, depan), pengarah ‘The Lowlife’, tiba bersama pengarang asal Mana Sakura dan aktres Ayano Moriguchi di acara pembukaan festival filem Tokyo yang ke-30 di Tokyo pada 25 Oktober lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia