Utusan Borneo (Sabah)

Nasib keluarga nelayan terus dibela, salur pelbagai bantuan

Menerusi penyaluran pelbagai bantuan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Nasib keluarga nelayan terus dibela menerusi penyaluran pelbagai bantuan ke arah mensejahte­rakan kehidupan golongan berkenaan. Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian DatukSeriP­anglimaRay­mond Tan Shu Kiah berkata bantuan itu tidak hanya terhad kepada pemberian elaun sara hidup setiap bulan, sebaliknya bersifat menyeluruh. Katanya, usaha kerajaan membangunk­an kemudahan meliputi aspek kesihatan, pendidikan, ekonomi dan keselamata­n turut sama dinikmati oleh golongan nelayan dan keluarga. “Sebagai nelayan, mungkin mereka melihat bantuan daripada kerajaan hanya dalam bentuk elaun sara hidup. Tetapi, cuba lihat secara meluas. “Kerajaan beri Bantuan Rakyat 1Malaysia, menyediaka­n pendidikan, membangunk­an hospital dan klinik serta bertanggun­gjawab terhadap keselamata­n di darat mahupun lautan. Saya pasti, golongan keluarga nelayan itu sendiri menerima manfaatnya,” katanya.

Sebagai nelayan, mungkin mereka melihat bantuan daripada kerajaan hanya dalam bentuk elaun sara hidup. Tetapi, cuba lihat secara meluas. DATUK SERI PANGLIMA RAYMOND TAN SHU KIAH Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pembayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sandakan bagi bulan Oktober 2017 di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Khamis. Raymond yang juga Adun Tanjung Papat berkata, kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n untuk nelayan terutama program infrastruk­tur di kampungkam­pung. Untuk rekod, bantuan kepada golongan nelayan meliputi pemberian minyak diesel dan petrol bersubsidi setiap bulan sejak 2006 serta pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Tangkapan Ikan setiap bulan sejak 2008. Kerajaan juga telah menaikkan kadar bantuan elaun sara hidup daripada RM200 kepada RM300 sebulan bermula 1 Januari 2015. Perbelanja­an bagi Elaun Sara Hidup Nelayan bagi daerah ini untuk setahun dianggarka­n sebanyak RM3.627 juta. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah LKIM Negeri Sabah Jamil Abdullah dan Pengerusi PNK Kawasan Sandakan Asmaul Gindong.

 ??  ??
 ??  ?? RAYMOND bersama para nelayan yang menerima elaun sara hidup.
RAYMOND bersama para nelayan yang menerima elaun sara hidup.
 ??  ?? RAYMOND (kiri) menyampaik­an elaun sara hidup kepada salah seorang nelayan.
RAYMOND (kiri) menyampaik­an elaun sara hidup kepada salah seorang nelayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia