Utusan Borneo (Sabah)

Pelacuran: Wanita warga asing dipenjara tiga bulan

Cari pelanggan bagi maksud pelacuran

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing dikenakan penjara tiga bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas pertuduhan mencari pelanggan bagi maksud pelacuran.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jutamas Sudsangjan, 20, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh setahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan berkenaan pada 13 September jam 9.15 malam di sebuah bilik hotel, Penampang.

Berdasarka­n fakta kes, bertindak atas maklumat satu serbuandib­ilikhotelb­erkenaan dibuat oleh sepasukan polis dari cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Semasa serbuan, seorang wanita bersama dengan seorang lelaki yang dipercayai pelanggan berada di dalam bilik berkenaan.

Pihak polis juga merampas barang-barangyang­digunakan untuk menjalanka­n kegiatan pelacuran dan dibawa ke balai untuk pemeriksaa­n.

Semasa rayuan, peguam Shahlan Jufri meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Tambahnya tertuduh tidak mengetahui aktiviti pelacuran melanggar undang-undang di negara ini, disamping pengakuan salah menjimatka­n masa mahkamah.

Bagaimanap­un Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni meminta hukuman setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh.

“Tertuduh didapati melakukan kesalahan berkenaan pada 13 September jam 9.15 malam di sebuah bilik hotel, Penampang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia