Utusan Borneo (Sabah)

Tengkorak PNG ‘mangsa tsunami paling tua di dunia’

-

SYDNEY: Sebuah tengkorak berusia 6,000 tahun yang dijumpai di Papua New Guinea (PNG) kemungkina­n besar adalah mangsa tsunami paling tua yang diketahui di dunia, kata pakar semalam setelah analisis baharu ke atas kawasan di mana ia dijumpai.

Tengkorak ‘Aitape Skull’ yang sebahagian­nya terpelihar­a dijumpai pada 1929 oleh pakar geologi Australia, Paul Hossfeld, 12 kilometer ke pedalaman dari pantai utara negara Pasifik itu.

Ia sekian lama disangka milik Homo erectus (lelaki tegak), spesies pupus yang disangka moyang manusia moden yang pupus kira-kira 140,000 tahun lalu.

Namun terbaharu, penentuan tarikh menggunaka­n kaedah radiokarbo­n meng-anggarkan ia hampir berusia 6,000 tahun, menjadikan­nya anggota spesies kita sendiri – Homo sapien. Ketika itu, paras laut adalah lebih tinggi dan kawasan berkenaan dipercayai berhampira­n pantai.

Sebuah pasukan antarabang­sa yang diketuai Universiti New South Wales (UNSW) kembali ke tapak berkenaan untuk mengumpul mendapan geologi sama yang diperhatik­an oleh Hossfeld.

Di makmal mereka mengkaji mendapan itu dengan terperinci termasuk saiz butir dan komposisi geokimia, yang dapat membantu mengecam kebanjiran tsunami.

Mereka juga mengecam pelbagai organisme mikro-skopik dari lautan dalam mendapan itu, sama dengan organisme yang dijumpai dalam tanah selepas tsunami buruk melanda rantau ber-kenaan pada 1998.

“Kami mendapati tempat di mana tengkorak ‘Aitape Skull’ ditemui adalah sebuah lagun tepi pantai yang dibanjiri tsunami besar kira-kira 6,000 tahun lalu,” kata penulis kajian dan saintis UNSW James Goff.

“Ia adalah sama dengan tsunami yang berlaku berhampira­n dengan kesan yang begitu buruk pada 1998, dan membunuh lebih 2,000 orang.

“Kami merumuskan bahawa orang ini yang mati di sana begitu lama yang lalu mungkin mangsa tsunami pa-ling tua diketahui di dunia.”

Kesimpulan itu, yang dibantu oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, Perancis, New Zealand dan Papua New Guinea, diterbitka­n dalam jurnal PLOS ONE.

Goff, pakar dunia mengenai tsunami, berkata sementara tulang tengkorak telah dikaji dengan baik sebelum ini, tiada perhatian diberikan kepada mendapan di mana ia ditemui.

“Persamaan geologi antara mendapan ini dan mendapan yang berlaku sewaktu tsunami pada 1998 membuatkan kami sedar bahawa populasi manusia di kawasan ini telah terjejas akibat kebanjiran besar ini selama ribuan tahun,” katanya.

“Selepas menimbang pelbagai senario, kami percaya, berdasarka­n bukti itu, individu itu sama ada mati dalam tsunami atau tertimbus sejurus sebelum ia melanda dan mayat itu tertanam semula.”

Selepas tsunami pada 1998, yang tembus sehingga lima kilometer ke pedalaman, cubaan untuk mengeluark­an mangsa dihentikan selepas seminggu kerana buaya memakan mayat, yang menyebabka­n kecacatan mereka.

Ini boleh juga menjelaska­n kenapa tengkorak orang yang mati 6,000 tahun lalu dijumpai bersendiri­an, tanpa tulang lain, kata penyelidik. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TENGKORAK berusia 6,000 tahun yang dijumpai di Papua New Guinea kemungkina­n besar adalah mangsa tsunami paling tua yang diketahui di dunia, kata pakar semalam.
— Gambar Reuters TENGKORAK berusia 6,000 tahun yang dijumpai di Papua New Guinea kemungkina­n besar adalah mangsa tsunami paling tua yang diketahui di dunia, kata pakar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia