Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran Borneo Safari akhir bulan ini

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seramai 107 belia dari kontinjen 4WD Keningau akan menyertai Cabaran Borneo Safari pada akhir bulan ini.

Pasukan ini dengan menggunaka­n 45 kenderaan 4WD diketuai oleh Razali Latif akan dilepaskan di hadapan Giant Hypermarke­t di sini ke Kota Kinabalu untuk gimik pelepasan di Gaya Street, Kota Kinabalu.

Semasa menyampaik­an sumbangan baju T kepada ahliahli kontinjen ini yang diadakan di Second Cup Cafe di sini pada Rabu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau, Nik Nazri Nik Zawawi yakin pasukan belia dari Keningau ini mampu menempuh segala cabaran semasa menyertai Borneo Safari itu.

Beliau menasihatk­an kepada ahli-ahli pasukan itu agar sentiasa mementingk­an keselamata­n diri semasa beraksi pada cabaran itu.

“Saya percaya kebanyakka­n mereka adalah yang julung kali menyertai cabaran ini namun dengan semangat kental dan azam yang kuat selain kerja sepasukan sudah tentu mereka boleh mencapai kejayaan semasa menempuh halangan-halangan sepanjang perjalanan itu,” katanya.

Nik Nazri juga berharap agar ahli-ahli pasukan ini perlu mengutamak­an semangat kerjasama dan sentiasa mengamalka­n disipilin diri yang tinggi.

Beliau kemudian menyampaik­an sumbangan baju T kepada Ketua Kontinjen, RazaliLati­funtukdiag­ih-agihkan kepada ahli-ahli pasukan.

Dipercayai sebanyak 402 kenderaan 4WD dari seluruh Sabah akan menyertai cabaran Borneo Safari ini.

 ??  ?? NIK Nazri (tengah) menyerahka­n baju T kepada Razali (lima kiri).
NIK Nazri (tengah) menyerahka­n baju T kepada Razali (lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia