Utusan Borneo (Sabah)

AIM lonjak transforma­si wanita luar bandar

Jadi peniaga berjaya dengan modal besar

- Oleh HENRY BATING

AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) berjaya mentransfo­rmasi wanita luar dari kalangan suri rumah menjadi ahli perniagaan berjaya dengan modal besar sehingga menjadi benteng pemangkin ekonomi keluarga dan negara.

Kejayaan wanita turut dinikmati kalangan rakan AIM di Kota Marudu yang meuncul cawangan paling aktif dan terbaik di bahagian utama mendahului daerah berdekatan lain dengan keahlian aktif 3,515 sahabat, meliputi 10 blok dan 91 pusat.

Pengurus AIM Wilayah Utara Zubairi Md Fadzil memberitah­u pihaknya menyediaka­n tabung pinjaman RM19 juta tahun ini di mana setakat Oktober, sebanyak RM14 juta telah dikeluarka­n untuk pinjaman dan masih tersisa RM5 juta.

“Pinjaman dikeluarka­n untuk tujuan modal pusingan perniagaan, tambahan modal, pinjaman peribadi dan biaya persekolah­an anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Hari Keluarga AIM 2017 Kota Marudu dengan kehadiran kirakira 1,500 sahabat AIM yang mengenakan baju biru di Hari Keluarga sempena ulang tahun ke-30 penubuhan AIM.

Menurut Zubairi, warnawarni kehadiran sempena majlis itu menunjukka­n kalangan wanita yang menjadi sahabat AIM telah memperoleh pencapaian baik dalam usaha mereka meliputi perniagaan, perkhidmat­an, pertanian dan usahawan.

Sementara itu, Presiden Kelab Usahawan AIM Kota Marudu Sobilin Gungkas dalam usia emasnya bersyukur kerana usahaniaga­nya hasil bantuan dan bimbingan AIM kini menampakka­n hasil.

“Wanita luar bandar kini berani menjalanka­n perniagaan dengan modal hampir ratusan ribu ringgit,” katanya opilin yang mengusahak­an perniagaan borong dan runcit di Pekan Goshen.

Sebagai presiden kelab usahawan, di samping kesibukan dalam usahaniaga sendiri, Sopilin juga menjadi gandingan kepada para pegawai AIM membimbing rakan lain yang baru melibatkan diri dalam perniagaan.

Susah payah beliau beberapa tahun ini dihargai dengan penganuger­ahan keusahawan­an dan kepimpinan di peringkat daerah, zon dan negeri.

Majlis Hari Keluarga AIM tahun ini menyediaka­n 91 hamper untuk hadiah pelbagai kategori dengan hadiah utama dua motosikal.

Majlis yang diadakan setiap tahun itu memberi banyak sentuhan merangsang pencapaian rakan-rakan AIM di samping hadiah cabutan bertuah.

Nerry Wonyi dari Kg Sunsui yang baru sahaja menjadi sahabat AIM memenangi motosikal membuatkan­nya terharu dan gembira.

Datuk Hussin Oyong dari Umno Bahagian Kota Marudu berharap wanita dapat merebut peluang pinjaman dan menggunaka­n modal dengan bijak untuk memajukan perniagaan.

“Kini, sudah ramai peniaga dalam kalangan wanita bumiputera di luar bandar berjaya hasil bantuan pelbagai agensi kerajaan seperti AIM, Tekun, Usahamaju, Bank Rakyat dan BSN,” katanya sambil menambah, bidang perniagaa, suatu masa dahulu dimonopoli kaum lain.

Pada majlis itu, Hussin melancarka­n kempen menabung AIM untuk manfaat semua sahabat AIM di seluruh negeri.

Pelbagai program diadakan sempena majlis itu meliputi ratu comel, ratu kebaya, persembaha­n tarian tradisi di samping pameran produk dan jualan para ahli.

Turut hadir, Penolong Pengurus Wilayah Wan Nor Azlin, Penolong Pengurus Zon Pantai Barat Nazri Datuk Birin, Pengerusi AIM Kota Marudu Mohd Jakir Wahit, beberapa pengurus cawangan lain seperti Adzam Sapri (Kota Belud), Nasaruddin Kadri (Kudat), Setiausaha Umno Bahagian Kota Marudu Rahim Omar serta ahli jawatankua­sa Musli Oteng dan Almalik Utoh.

 ??  ??
 ??  ?? PENGURUS cawangan dan wilayah bergambar bersama selepas selesai majlis keluarga AIM.
PENGURUS cawangan dan wilayah bergambar bersama selepas selesai majlis keluarga AIM.
 ??  ?? NERRY ketika menerima hadiah utama sebuah motosikal daripada Wan Nor Azlin.
NERRY ketika menerima hadiah utama sebuah motosikal daripada Wan Nor Azlin.
 ??  ?? RATU Kebaya Ibu memeriahka­n Hari Keluarga AIM.
RATU Kebaya Ibu memeriahka­n Hari Keluarga AIM.
 ??  ?? BLOK Damai menerima trofi sebagai blok teramai mengutip dana jualan tiket.
BLOK Damai menerima trofi sebagai blok teramai mengutip dana jualan tiket.
 ??  ?? SOBILIN, Zubairi, Jakri ketika menyampaik­an momento pada Hussin selepas perasmian majlis.
SOBILIN, Zubairi, Jakri ketika menyampaik­an momento pada Hussin selepas perasmian majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia