Utusan Borneo (Sabah)

Ranau bakal miliki MRSM

Dalam usaha tingkat ilmu pengetahua­n anak tempatan

- Oleh JAINUDIN NASIR

SEBUAH Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan dibina di daerah ini dalam usaha meningkatk­an ilmu pengetahua­n dan kemahiran anak tempatan.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, kos projek itu akan dibiayai oleh Petronas di mana kerajaan negeri telah memberi bantuan mengenal pasti dan meluluskan tapak yang bersesuaia­n untuk pelaksanaa­nnya.

“Ini berita baik untuk Sabah. Petronas akan membiayai kerja membina kampus MRSM teknikal di daerah ini yang dijangka siap dalam tempoh empat tahun, bermula pertengaha­n 2018 hingga 2021.

“Apabila siap kelak, kampus berkenaan mampu menampung kira-kira 450 pelajar. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajar­an seperti blok akademik, makmal sains, asrama, dewan serbaguna, kemudahan sukan, kediaman guru dan surau yang akan diselengga­rakan oleh Mara.

“Pembanguna­n pojek ini akan menyediaka­n akses pendidikan berkualiti kepada anak luar bandar di negeri ini, seterusnya menambah bilangan pekerja mahir yang lebih cekap dan berdaya saing pada masa hadapan,” katanya ketika berucap pada Upacara Pecah Tanah Tapak Projek MRSM Petronas itu di Dewan Utama Kompleks Sukan Ranau, pagi Khamis.

Musa berkata, projek itu mencermink­an komitmen Petronas ke arah pembanguna­n pendidikan dan kebajikan masyarakat di negara ini.

Beliau berharap Petronas akan terus memperluas­kan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bukan sahaja dalam bidang pendidikan, malah aspek lain termasuk pembanguna­n sosio-ekonomi di Sabah sebagai usaha meningkatk­an program kebajikan kepada rakyat.

Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Menteri Pelanconga­n, Kebudayan dan Alam Sekitar Da- tuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun; Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam; Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman.

Hadir sama, Ahli Majlis Mara Datuk Dr Yusof Yacob; Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas Dato’ Raiha Azmi Abd Rahman; Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Hajah Maimunah Haji Su- haibul; dan Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin.

Majlis diserikan dengan persembaha­n koir oleh 60 pelajar gabungan empat sekolah di Ranau (SMK Mat Salleh, SMK Ranau, SK Kilimu dan SJKC Pai Wen) serta persembaha­n tarian kebudayaan oleh kanak-kanak Prasekolah SK Kaingaran, sementara tarian sambut tamu dipersemba­hkan oleh pelajar SMK Lohan.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Tungou Asmin Nasir melahirkan rasa bangga atas pembinaan kampus MRSM itu di Ranau.

Beliau menyifatka­nnya sebagai satu lagi projek mega di daerah ini selain Kompleks Sukan Ranau (sudah siap), pembinaan semula Masjid ArRahman Pekan Ranau, pembinaan Muzium Tamadun Etnik Dusun dan pembinaan lebuh raya menghubung­kan Ranau-Kiulu.

“Inilah antara bukti keprihatin­an kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur untuk dinikmati rakyat tanpa mengira suku kaum, agama dan ideologi politik,” katanya.

Ini berita baik untuk Sabah. Petronas akan membiayai kerja membina kampus MRSM teknikal di daerah ini yang dijangka siap dalam tempoh empat tahun, bermula pertengaha­n 2018 hingga 2021. TAN SRI MUSA AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? KETIBAAN Musa disambut mesra oleh Jawatankua­sa Pelaksana. DARI kanan: Raiha, Masidi, Musa, Wan dan Yusof.
KETIBAAN Musa disambut mesra oleh Jawatankua­sa Pelaksana. DARI kanan: Raiha, Masidi, Musa, Wan dan Yusof.
 ??  ?? GURU bersama penari kanak-kanak Prasekolah SK Kaingaran.
GURU bersama penari kanak-kanak Prasekolah SK Kaingaran.
 ??  ?? MUSA (kiri) bersama tetamu yang lain semasa berkunjung ke setiap gerai pameran.
MUSA (kiri) bersama tetamu yang lain semasa berkunjung ke setiap gerai pameran.
 ??  ?? MAIMUNAH (tengah) bersama Amisah dan Siti Hamni merakam gambar kenangan dengan penari kebudayaan dari SMK Lohan.
MAIMUNAH (tengah) bersama Amisah dan Siti Hamni merakam gambar kenangan dengan penari kebudayaan dari SMK Lohan.
 ??  ?? TARIAN sambut tamu oleh kanak-kanak Prasekolah SK Kaingaran.
TARIAN sambut tamu oleh kanak-kanak Prasekolah SK Kaingaran.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kakitangan Petronas yang bertugas di gerai pameran.
SEBAHAGIAN kakitangan Petronas yang bertugas di gerai pameran.
 ??  ?? MUSA bersama kenamaan dan jemputan lain.
MUSA bersama kenamaan dan jemputan lain.
 ??  ?? PARA ibu serta pelajar SK Kilimu yang menghadiri majlis itu.
PARA ibu serta pelajar SK Kilimu yang menghadiri majlis itu.
 ??  ?? ANTARA ahli Puteri Umno Ranau yang hadir.
ANTARA ahli Puteri Umno Ranau yang hadir.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk yang hadir di majlis itu.
SEBAHAGIAN penduduk yang hadir di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia