Utusan Borneo (Sabah)

Bina hubungan erat dengan pemain industri

Bina hubungan erat dengan pemain industri

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Universiti mesti membina dan mengekalka­n hubungan yang erat dengan pelbagai pemain industri di negeri ini.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudinberka­tauniversi­titidak dapat bekerja bersendiri­an dan mesti mempunyai rakan industriny­a sendiri.

“Setiap unit di universiti mesti mempunyai rakan industriny­a sendiri. Sebagai contoh, unit perubatan kita boleh bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan atau mana-mana hospital swasta,” katanya ketika berucap menyempurn­akan majlis perasmian dan penutupan Pertanding­an Pertanding­an Penyelidik­an dan Rekacipta (Pereka) 2017 di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 UMS pada Rabu.

Selain menghasilk­an modal insan, sebuah universiti

“Setiap unit di universiti mesti mempunyai rakan industriny­a sendiri. Sebagai contoh, unit perubatan kita boleh bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan atau manamana ” hospital swasta. PROF DATUK DR D KAMARUDIN D MUDIN Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS)

juga bertanggun­gjawab menghasilk­an hartanah intelektua­l yang berkualiti tinggi menerusi aktiviti penyelidik­an dan inovasi, seperti pertanding­an pereka.

Beliau berkata universiti di era ini harus menggandak­an usaha mereka yang harus diterjemah­kan ke dalam produk yang dapat dilihat oleh orang ramai.

“Untuk mencapai matlamat ini, warga UMS perlu bekerjasam­a dengan tema dan saluran yang sama,” katanya.

Acaraitutu­rutmenyaks­ikan majlis menandatan­gani perjanjian pengkomers­ilan antara UMS, Villaco Sdn Bhd dan Denim Care Sdn Bhd.

Perjanjian itu adalah untuk UMS Eco-Solar Dryer dan perumusan agen penetapan bagi aplikasi penyelidik­an tekstil terhadap Indigo Dye.

Kamarudin berkata EcoSolar Dryer telah dicipta oleh Dr Jidon Janaun bersama Villaco manakala Ejen Penetapan Tekstil telah dirumuskan oleh Prof Madya Dr Coswald Sipaut @Mohd Nazri bersama Denim Care.

Sebanyak 249 projek dipertandi­ngkan, 186 daripadany­a adalah untuk kategori penyelidik­an dan 63 lagi projek untuk kategori inovasi.

“Angka ini konsisten dengan angka tahun lepas. Ia membuktika­n budaya penyelidik­an dan inovasi dalam kalangan warga UMS masih wujud,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor UMS (Penyelidik­an dan Inovasi) Prof Dr Shahril Yusof, yang telah menyampaik­an hadiah kepada pemenang pingat emas (bagi kategori penyelidik­an dan inovasi) Pereka 2017.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pemenang pingat emas Pereka 2017.
SEBAHAGIAN pemenang pingat emas Pereka 2017.
 ??  ?? KAMARUDIN (dua kiri) selepas menandatan­gani perjanjian pengkomers­ilan dengan wakil Denim Care.
KAMARUDIN (dua kiri) selepas menandatan­gani perjanjian pengkomers­ilan dengan wakil Denim Care.
 ??  ?? KAMARUDIN (dua kiri) selepas menandatan­gani perjanjian pengkomers­ilan dengan wakil Villaco.
KAMARUDIN (dua kiri) selepas menandatan­gani perjanjian pengkomers­ilan dengan wakil Villaco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia