Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Makan Malam Amal 2017 SMK Bandau sukses

- Oleh YUSOP TEPPO

WALAUPUN hanya berhiaskan cahaya lilin namun sedikit pun tidak mengganggu perjalanan Majlis Makan Malam Amal 2017 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau di Kota Marudu.

Ia ekoran kejadian pokok tumbang yang menyebabka­n bekalan elektrik terputus. Keadaan itu bagaimanap­un langsung tidak menjejaska­n perjalanan majlis pada malam itu yang berakhir dengan jayanya.

Kejayaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandau manganjurk­an majlis makan malam amal untuk kali kedua pada malam itu adalah hasil gandingan mantap antara badan persatuan itu dengan warga sekolah serta masyarakat di dalam dan sekitar Kota Marudu.

Antara tujuan majlis adalah untuk mengutip dana bagi membantu kemenjadia­n para pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulu­m agar dapat direalisas­ikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Selain itu, majlis juga bertujuan menjalinka­n silaturahi­m antara warga sekolah dengan masyarakat Kota Marudu dan daerah sekitarnya.

Antara pengisian acara dalam majlis itu adalah seperti cabutan tiket bagi peserta bertuah dan pertanding­an Ratu Batik Kontempora­ri yang diuruskan sendiri oleh pengarah projek majlis berkenaan Datin Maltida Bagang.

Di samping itu, majlis turut dimeriahka­n lagi dengan persembaha­n beberapa lagu oleh artis tempatan.

Semua yang hadir merasa teruja dengan pertanding­an Ratu Batik Kontempora­ri yang julung kali diadakan di daerah ini, yang disertai sembilan orang.

Kesemua peserta berendinob­atkan tap sebanyak tiga pusingan. Keputusann­ya, Falynda sebagai johan manakala naib johan disandang Evanatie dan Nazira Nyka berpuashat­i di tempat ketiga namun, turut dinobat sebagai Miss Popular melalui undian oleh semua yang hadir pada malam itu.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Adun Tandek Datuk Anita Baranting.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangga atas usaha murni PIBG SMK Bandau kerana berjaya menganjurk­an majlis seumpama itu bagi membantu mencari dana dan mahu memastikan aspek kemenjadia­n pelajar dapat dicapai.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada warga SMK Bandau khususnya kepada barisan pentadbir dan AJK PIBG kerana telah berjaya melaksanak­an tanggungja­wab dengan baik.

“Untuk makluman juga, SMK Bandau adalah satusatuny­a sekolah di daerah ini yang telah berjaya menganjurk­an majlis seumpama itu buat kali kedua,” katanya.

Anita turut memberikan sokongan dan dorongan kepada pihak penganjur agar dapat meneruskan majlis seumpama itu pada masa akan datang.

Majlis yang bermula kira-kira jam 7.30 malam itu berlangsun­g dengan jayanya sehingga melabuhkan tirai sekitar jam 11.30 malam.

 ??  ?? FALYNDA (duduk, tengah) dinobatkan sebagai johan Ratu Batik Kontempora­ri, diapit naib johan Evanatie dan Nazira Nyka di tempat ketiga.
FALYNDA (duduk, tengah) dinobatkan sebagai johan Ratu Batik Kontempora­ri, diapit naib johan Evanatie dan Nazira Nyka di tempat ketiga.
 ??  ?? PENGARAH projek majlis berkenaan Matilda menyampaik­an cenderahat­i kepada Anita.
PENGARAH projek majlis berkenaan Matilda menyampaik­an cenderahat­i kepada Anita.
 ??  ?? BARISAN AJK PIBG SMK Bandau merakamkan gambar kenangan bersama Anita.
BARISAN AJK PIBG SMK Bandau merakamkan gambar kenangan bersama Anita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia