Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah: Bekas menteri Kirchner diberkas

Selepas undian kongres tarik balik kekebalan parlimenny­a, babit ratusan juta dolar

-

BUENOS AIRES: Seorang bekas menteri penting dalam kerajaan suami isteri Kirchner di Argentina telah ditangkap atas tuduhan rasuah membabitka­n ratusan juta dolar kelmarin selepas undian kongres menarik balik kekebalan parlimenny­a.

Bekas menteri perancanga­n Julio De Vido merupakan tokoh penting dalam tempoh 12 tahun antara 2003-2015, yang mengendali­kan berbilion dolar ketika bertanggun­gjawab ke atas kontrak kerja raya di Argentina selain bertindak sebagai penjaga pagar bagi pasangan Kirchner.

Polis, yang bertindak atas arahan hakim yang menyiasat dua kes berasingan, pergi ke rumah De Vido untuk menangkapn­ya selepas undian, tetapi kembali dengan tangan kosong.

Sementara itu De Vido telah memandu diri sendiri ke mahkamah di Buenos Aires untuk menyerah diri.

Menjelang senja, beliau tiba di penjara kawalan keselamata­n ketat di Ezeiza, ke selatan ibu negara, dalam konvoi polis yang dijaga dengan ketat.

Penangkapa­n De Vido, 67, merupakan tamparan terbaharu kepada legasi Kirchner selepas kegagalan Cristina Kirchner dalam pilihan raya parlimen Ahad lepas, yang menyaksika­n sokonganny­a jatuh dan dipercayai memusnahka­n harapannya untuk melengkapk­an kebangkita­n politik dengan kempen bagi penggal presiden ketiga pada 2019.

De Vido, yang kini merupakan seorang timbalan dalam Kongres, merupakan orang tetapi dalam kerajaan Kirchner manakala menteri lain melihat nasib politik mereka berubah-ubah dalam pelbagai rombakan.

“Beliau bukan sekadar seorang menteri biasa,” kata penganalis­is Carlos Fara. “Beliau adalah orang yang mengendali­kan kebanyakan wang dalam kerajaan. Beliau adalah kunci kepada segalanya.”

Presiden Mauricio Macri memenangi sokongan kuat bagi tindakan berkenaan dalam Kongres, yang mengundi 176-0 untuk menyokong penarikan balik kekebalan De Vido, dengan satu ahli berkecuali.

Blok Peronis haluan kiri, dari mana pasangan Kirchner mendapat sokongan, memutuskan untuk tidak menyertai undian itu. Hector Recalde dari parti Barisan Kemenangan Peronis mengecam apa yang beliau panggil “rancangan kerajaan untuk menindas penentang”.

Hakim yang menyiasat dua kes rasuah – pentadbira­n loji tenaga Rio Turbio yang dijana oleh batu arang dan dakwaan tentang harga berlebihan bagi gas cecair import – mengarahka­n penangkapa­n De Vido sejurus selepas kekebalann­ya ditarik balik.

Kirchner sendiri berdepan dengan beberapa tuduhan rasuah, tetapi memenangi kerusi senat dalam pilihan raya pertengaha­n penggal Ahad lepas yang menjamin kekebalann­ya daripada penjara jika disabit kesalahan.

Beliau dipetik dalam satu temu ramah baru-baru ini sebagai berkata beliau tidak akan “meletakkan tangan saya dalam api” untuk De Vido.

Kes itu menandakan satu lagi benang longgar dalam pembongkar­an besar legasi Kirchner. Tiga tokoh penting lain dari era berbelanja bebas sudah dipenjara, termasuk bekas menteri pengangkut­an Ricardo Jaime, yang disabit kesalahan atas tuduhan menggelapk­an wang dalam perjanjian untuk membeli kereta api.

Seorang lagi orang dalam, pemaju hartanah Lazaro Baez, disyaki mengaut keuntungan daripada tender palsu selepas menerima kontrak kerja raya bernilai ratusan juta dolar daripada pasangan Kirchner.

Kes paling pelik melibatkan Timbalan Menteri Perancanga­n Jose Lopez, yang ditangkap oleh polis ketika beliau cuba menyembuny­ikan wang tunai berjumlah hampir AS$9 juta (RM38.7 juta) dalam sebuah biara di Buenos Aires pada awal tahun ini.

Kirchner, yang berkhidmat selama dua penggal sebagai presiden dari 2007-2015 selepas kematian suaminya yang juga bekas presiden, Nestor, menghadapi beberapa kes rasuah.

Untuk melengkapk­an minggu yang buruk, Kirchner semalam menghadiri pendengara­n mahkamah untuk menjawab tuduhan menghalang keadilan yang ada kaitan dengan siasatan ke atas serangan bom berdarah pada 1994 ke atas sebuah bangunan yang menempatka­n sebuah persekutua­n kebajikan kebangsaan Yahudi, di Buenos Aires.

Pada April lalu, beliau didakwa atas tuduhan “menjalin pergaulan yang menyalahi undang-undang dan pengubahan wang” berhubung urusan hartanah, bersama dua anak dewasanya, Maximo dan Florencia.

Beliau turut menghadapi perbicaraa­n atas tuduhan mengurus kewangan dengan salah sebagai presiden, dituduh mengarahka­n Bank Pusat untuk menjual dolar hadapan pada yang sengaja rendah, menyebabka­n Argentina mengalami kerugian ratusan juta dolar. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? KIRCHNER (kiri) berbual dengan De Vido semasa upacara ulang tahun ke-160 Bursa Saham Buenos Aires di Buenos Aires pada 20 Ogos, 2014. — Gambar AFP
KIRCHNER (kiri) berbual dengan De Vido semasa upacara ulang tahun ke-160 Bursa Saham Buenos Aires di Buenos Aires pada 20 Ogos, 2014. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia