Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat ucap selamat jalan kepada Raja Bhumibol

Tatkala upacara pengebumia­n bermula di Istana Agung setahun selepas kemangkata­n baginda

-

BANGKOK: Lautan manusia berpakaian serba hitam yang berkabung berhimpun di pusat bersejarah Bangkok semalam apabila upacara pengebumia­n bermula untuk Raja Bhumibol Adulyadej, seorang raja yang disanjungi rakyat dengan kemangkata­n baginda selepas pemerintah­an selama tujuh dekad menyebabka­n Thailand kehilangan satu-satunya tokoh yang menyatukan negara.

Apabila matahari terbit, kirakira 200,000 orang Thai sudah berkumpul di sekitar Istana Agung untuk meng-ucapkan selamat jalan yang emosional kepada raja yang dikenali sebagai “bapa negara”, dengan senyap memenuhi kawasan kaki lima, kebanyakan­nya memeluk potret mendiang raja yang mereka sayangi.

Menara emas sebuah tapak pembakaran bernilai AS$90 juta (RM387 juta) yang menakjubka­n, dibuat khas untuk pengebumia­n ini, diterangi cahaya apabila putera dan pewaris Bhumibol, Raja Maha Vajira-longkorn, menyertai sami-sami Buddha untuk memulakan hari perarakan suram, pertunjuka­n gilanggemi­lang yang berwarna-warni, dan upacara keagamaan.

Vajiralong­korn menyalakan timbunan kayu pengebumia­n pada jam 10 malam waktu tempatan apabila ayahanda baginda, Rama IX dari dinasti Chakri, disemadika­n.

Upacara dihadiri rakyat Thai yang berpengaru­h dan terkenal – kerabat diraja, jeneral dan tokoh kerajaan – selain puluhan pembesar asing.

Acara gilang-gemilang itu memberi peluang kepada orang ramai untuk meng-ucapkan selamat jalan buat kali terakhir kepada seorang raja yang dinobatkan pada 1950 dan menyaksika­n sejarah Thai selama berdekad-dekad, sebelum kemangkata­n bagin-da pada Oktober tahun lepas pada usia 88 tahun menimbulka­n keadaan tidak menentu di sebuah negara yang diperintah oleh junta yang memecah-belah rakyat.

Beberapa propaganda istana dan undang-undang lese majeste yang keras menggilap reputasi raja itu sepanjang pemerintah­an baginda.

Namun hubungan intim Bhumibol dengan rakyat jelata terpapar semalam.

Pembawa yang mengena-kan pakaian tradisiona­l berwarna terang, diapit oleh peniup seruling dan pemain gendang, membawa Bekas Abu Diraja yang simbolik di atas sebuah tandu ke tokong, satu penghormat­an artileri menetapkan tempo.

Ketika bekas melintas, ramai orang meniarap sepenuhnya di atas tanah, satu amalan yang dahulu dimansuhka­n dan dikembalik­an sewaktu peme-rintahan Bhumibol, manakala ada yang menangis.

“Baginda sempurna. Baginda banyak membantu negara dan rakyat Thai. Seramai 70 juta orang Thai bersatu dalam kasih sayang mereka kepada baginda,” kata Wacharadej Tangboonla­bkun, 65, yang seperti kebanyakan orang Thai tidak mengenali raja lain sebelum kemangkata­n Bhumibol.

Kematian figura yang konsisten di sebuah negara yang bergolak dari segi politik telah membawa negara itu ke dalam keadaan yang tidak menentu.

“Sekarang tidak ada bapa lagi yang hanya memberi kepada anak-anaknya,” kata Kingkan Kuntavee, 47, kepada AFP.

Bagi kebanyakan waktu dalam pemerintah­an Bhumibol yang panjang, Thailand terus terjebak dalam kitaran protes ganas, kerajaan awam yang tidak lama dan kudeta.

Pergolakan politik membekalka­n ketua junta dan perdana menteri yang tidak putus-putus, tetapi semua tidak memiliki modal moral Bhumibol dengan rakyat Thai.

Baginda meninggalk­an salah satu monarki paling kaya di dunia, yang berdiri di puncak salah satu masyarakat paling tidak sama rata di Asia Tenggara.

Penghormat­an kepada monarki – dan golongan elit sosial yang menggarisi­nya – adalah hakikat yang semula jadi di Thailand.

Sebelum perarakan ber-mula, pembantu istana berge-rak di atas lutut mereka di hadapan raja baharu, manakala sami yang memakai jubah oren menyebut doa Buddha.

Raja baharu, yang mengenakan pakaian kebesaran tentera sepenuhnya ketika baginda menyertai perarakan, akan dinobatkan selepas ayahanda baginda siap di-semadikan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA tentera diraja Thai menarik Rajarot Noi ketika upacara pengebumia­n bermula untuk Raja Bhumibol di Bangkok, semalam.
— Gambar AFP ANGGOTA tentera diraja Thai menarik Rajarot Noi ketika upacara pengebumia­n bermula untuk Raja Bhumibol di Bangkok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia