Utusan Borneo (Sabah)

Duta AS Haley lawat DR Congo

-

KINSHASA: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley tiba petang kelmarin di Kinshasa untuk lawatan ke Republik Demokratik Congo (DRC) yang sedang mengalami krisis politik dan kemanusiaa­n.

Beliau tiba dengan menaiki sebuah pesawat tentera yang diiringi lebih 30 orang, kata sumber lapangan terbang.

“Beliau sememangny­a sudah tiba,” kata Menteri Luar Leonard She Okitundu kepada AFP.

Haley berada di DRC sehingga Jumaat (waktu tempatan), rangka terakhir lawatannya ke Afrika yang sudah membawanya ke Habsyah dan Sudan Selatan.

Keganasan sudah meruncing sejak beberapa bulan lalu di Sudan Selatan dan DRC, walaupun ramai anggota pengaman berada di sana.

Dengan 18,000 anggota topi keselamata­n biru, misi pengamanan PBB di DRC merupakan yang terbesar di dunia.

Haley kelmarin menyuaraka­n “kekecewaan” dan kebimbanga­nnya mengenai situasi di Sudan Selatan, yang dimusnahka­n oleh perang saudara, selepas pertemuan di Juba dengan Presiden Sudan Selatan Salva Kiir.

AS sudah melabur AS$11 bilion (RM47.3 bilion) di negara itu di bawah kepimpinan Kiir.

Haley diiringi keluar dari sebuah kem PBB yang beliau lawati di Sudan Selatan kelmarin apabila penunjuk perasaan yang marah kepada Kiir muncul.

Ia adalah lawatan pertama ke Afrika bagi Haley, yang merupakan pegawai paling kanan pentadbira­n Trump untuk melawat benua itu.

Menurut sumber rasmi dan diplomatik di Kinshasa, beliau melawat Kivu Utara semalam sebelum beliau kembali ke Kinshasa untuk pertemuan dengan Presiden Joseph Kabila dan juga pembangkan­g dan masyarakat madani.

Haley dijangka menekan Kabila untuk menyetujui jadual waktu bagi pilihan raya.

Beliau melakukan lawatan itu ketika negara tengah Afrika yang luas dan kaya dengan galian itu berdepan dengan krisis kemanusiaa­n, keselamata­n dan politik.

Pilihan raya dijadual diadakan pada tahun ini di bawah perjanjian peralihan dengan pembangkan­g bertujuan untuk mengelak pertumpaha­n darah baharu selepas Kabila enggan berundur apabila mandat keduanya tamat pada Disember.

Masyarakat antarabang­sa menuntut pilihan raya untuk memilih ketua negara baharu diadakan secepat mungkin tetapi tidak jadual waktu yang sudah ditetapkan setakat ini.

Suruhanjay­a pilihan raya yang bertanggun­gjawab menganjurk­an undian berkata ia mustahil diadakan sebelum awal 2019.

Di bawah perjanjian itu, Kabila dibenarkan untuk kekal dalam jawatan sementara menunggu pilihan raya, dan memerintah bersama sebuah badan pengawasan peralihan dan seorang perdana menteri baharu, yang akan dipilih dalam lingkungan pembangkan­g.

Salah satu halangan utama untuk menganjurk­an pilihan raya adalah keganasan berterusan di wilayah tengah Kasai yang kaya dengan berlian, di mana pemberonta­kan sudah berlaku selama setahun ini sekarang, kata ketua suruhanjay­a. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia