Utusan Borneo (Sabah)

APM dalam proses pemeroleha­n lima bot amphibios

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini dalam proses pemeroleha­n lima unit bot amphibios yang dapat digunakan untuk menghadapi bencana alam di negara ini. Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) Pertahanan Awam Malaysia Yas. Tpj (PA) Roslan Wahab berkata pihaknya akan memperoleh aset terbabit dalam masa terdekat sekurang-kurangnya pada penghujung tahun ini. “Proses pemeroleha­n bot yang lebih canggih ini hampir dekat dan kita boleh gunakan semasa berlakunya bencana termasuk bergerak 60 kilometer di jalan raya serta mengharung­i kawasan dua alam iaitu darat dan air bersesuaia­n dengan nama jentera ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Pemakaian Pangkat, Penganuger­ahan Pingat dan Sijil Pertahanan Awam sempena Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-65, di sini pada Rabu. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah APM Sabah Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud. Roslan berkata menjelang tahun hadapan, pihaknya akan memperoleh beberapa lori berkuasa tinggi termasuk 12 lori Man lima tan, tujuh unit lori Tatra serta lori lima tan yang sudah diminta sebanyak enam unit. “Ini akan menambahka­n lagi aset sedia ada termasuk 61 lori Man, 23 bot Sealegs termasuk tiga di Sabah, 34 bot biasa, serta 12 bot tiga tan dan lima tan sedia ada,” katanya sambil menambah, seramai 130,000 anggota direkodkan di Sabah setakat ini. Dalam pada itu, seramai seramai lima anggota dipakaikan pangkat, 24 dianugerah­kan pingat dan seorang anggota diberikan sijil pada majlis itu. Jumlah itu termasukla­h 114 pegawai tetap, 86 anggota dan 45 Pegawai Bersekutu seluruh Malaysia.

 ??  ?? ROSLAN (kiri) dan Izaimi memakaikan pangkat kepada salah seorang anggota APM.
ROSLAN (kiri) dan Izaimi memakaikan pangkat kepada salah seorang anggota APM.
 ??  ?? ROSLAN merakamkan gambar kenangan bersama anggota APM.
ROSLAN merakamkan gambar kenangan bersama anggota APM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia