Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu mabuk

Dipercayai dilanggar pemandu mabuk

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati suspek warga tempatan berumur 40 tahun dalam perjalanan dari arah Lido menuju ke Papar. Apabila tiba di Jalan Lintas, suspek terlanggar bahagian belakang motosikal mangsa di laluan sama di sebelah kiri jalan berkenaan.

SUPERINTEN­DAN GEORGE ABD RAKMAN Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kereta yang dipercayai dipandu oleh lelaki mabuk di Jalan Lintas pada malam Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superinten­dan George Abd Rakman berkata kejadian jam 11.15malamitu­membabitka­n sebuah motosikal jenis Honda dan kereta Perodua Axia.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati suspek warga tempatan berumur 40 tahun dalam perjalanan dari arah Lido menuju ke Papar.

“Apabila tiba di Jalan Lintas, suspek terlanggar bahagian belakang motosikal mangsa di laluan sama di sebelah kiri jalan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang parah kemudianny­a dihantar ke Hospital Queen Elizabrth (HQE) untuk menerima rawatan selanjutny­a.

Menurutnya mangsa bagaimanap­un disahkan meninggal dunia jam 1.04 pagi Jumaat oleh pihak hospital.

“Suspek dipercayai memandu dalam pengaruh alkohol bagaimanap­un sampel darah diambil untuk ujian dadah dan alkohol.

“Punca kejadian adalah berpunca daripada kecuaian suspek yang mengekori motosikal mangsa secara rapat dan gagal mengawal kenderaan sehingga berlakunya kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? *Kadar cukai pendapatan individu pemastauti­n dikurangka­n dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.
*Kadar cukai pendapatan individu pemastauti­n dikurangka­n dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.
 ??  ?? *Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluara­n kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.
*Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluara­n kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.
 ??  ?? KEADAAN motosikal mangsa yang rosak selepas kemalangan di Jalan Lintas.
KEADAAN motosikal mangsa yang rosak selepas kemalangan di Jalan Lintas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia