Utusan Borneo (Sabah)

Penggesek biola Robert Mendoza sedia main lagu tempatan

Sedia mainkan lagu tempatan

-

PENGGESEK biola terkenal dunia Robert Mendoza yang membuat persembaha­n sulung di Malaysia, tidak menolak kemungkina­n untuk memainkan lagu-lagu Malaysia di masa depan menerusi stailnya yang unik dalam alunan gesekan biola.

“Saya baharu sahaja mula menerokai Malaysia dan muziknya. Mungkin saya akan memainkan lagulagu Malaysia sekiranya ia menarik di masa depan,” kata penggesek biola daripada Sepanyol itu kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Nine 11 Bernama News Channel di Wisma Bernama di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mendoza, yang terkenal dalam memainkan lagu-lagu pop menerusi gesekan biola elektrikny­a sambil menari, berkata beliau jatuh cinta dengan makanan Malaysia terutamany­a nasi lemak yang dihidangka­n dengan sambal bilis.

Mendoza, yang berada di negara ini buat pertama kali, menyajikan persembaha­n memukau dalam konsert selama dua hari bertajuk ‘The Purple Violin’ di Gastro Sentral, Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada 25 & 26 Oktober dan pada hari ini (Sabtu) di Pulau Pinang, akan membuat persembaha­n di Chivas Regal Malaysia: Electronic Theatrical Music.

Selain beliau, Electronic Theatrical Music yang berlangsun­g dari 20 Okt sehingga Disember, turut menampilka­n artis berbakat Dennis Yin, Joy Shavini Victor dan Jane Victor Solberg.

Video-video Mendoza di YouTube telah menjadikan­nya terkenal di peringkat antarabang­sa, mencatatka­n lebih 100 juta tontonan di YouTube manakala peminat beliau di Facebook telah mencecah lebih 700,000 pengikut setakat ini.

Beliau mula terkenal di internet selepas memainkan lagu John Legend ‘All of Me’ tiga tahun lepas dan kini memainkan lagu-lagu popular terkini dengan biola elektrikny­a itu.

Mendoza berkata beliau sedang menyiapkan album baharu dan bersedia untuk membuat lebih banyak persembaha­n di Malaysia pada masa depan.

Beliau mula belajar muzik pada umur lapan tahun di Elemental Conservato­ry of Music, Sepanyol dengan bermain piano dan setahun kemudian belajar biola.

Pada 2001, beliau diterima menganggot­ai Youth Orchestra of Andalucía, dan pada 2003 telah melangkaui semua jangkaan apabila meraih tempat pertama dalam ujian kemasukan ke National Youth Orchestra of Spain daripada 200 pemain biola daripada seluruh negara itu.

Mendoza ialah penggesek biola dengan Royal Symphonic Orchestra of Seville sebelum melakukan jelajah konsert bersamasam­a orkestra di Sepanyol, Jerman, Portugal, Scotland dan Amerika Syarikat.

— Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia