Utusan Borneo (Sabah)

Shafie bebas dengan ikat jamin SPRM

Jaminan SPRM RM100,000 dan deposit RM80,000 oleh dua penjamin tempatan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri ShafieApda­ldibebaska­nselepasdi­tahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewen­gan kira-kira RM1.5 bilion dana yang disalurkan menerusi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan berkenaan dan membenarka­n beliau dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dan deposit RM80,000 oleh dua penjamin tempatan.

Shafie tersenyum sebaik keluar dari Kamar Majistret kira-kira jam 9.58 pagi diiringi Pegawai SPRM sebelum menemui isterinya Datin Seri Shuryani Shuaib dan ahli keluarga lain serta beberapa pemimpin kanan Warisan.

Beliau diwakili enam barisan peguam diketuai Martin Tommy.

Sementara itu apabila ditanya sama ada Shafie akan menghadiri sidang Parlimen untuk perbahasan pembentang­an Bajet 2018 pada petang Jumaat, beliau hanya mengangguk­kan kepalanya sebelum mengatakan beliau perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatann­ya terlebih dahulu.

Salah seorang peguamnya Loretto J Padua berkata Shafie akan ke Pejabat SPRM untuk menandatan­gi beberapa dokumen berkenaan pembebasan­nya.

“Kita masih belum mengetahui adakah beliau akan hadir di Parlimen hari ini dan jika beliau tidak ke sana kita masih ada banyak program yang sudah dijadualka­n di Sabah untuk dihadiri,” katanya.

Dalam pada itu Pegawai Penyiasat SPRM Mohd Faliq Basirrudin semasa ditemui berkata Shafie perlu hadir ke Pejabat SPRM sebulan sekali.

Shafie yang juga Bekas Menteri Pusat itu ditahan oleh SPRM semasa memberi keterangan berhubung kes penyelewen­gan dana awam di Sabah kira-kira jam 9 malam pada 19 Oktober.

Ahli politik itu kemudianny­a ditahan reman selama empat hari bermula 20 Oktober sebelum diarahkan untuk menjalani tahanan reman selama empat hari lagi sehingga Jumaat.

Beliau adalah antara 13 individu yang ditahan termasuk Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony, Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman, Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar, dan Ketua Pemuda Umno Tawau Ariffin Haji Kassim.

Kita masih belum mengetahui adakah beliau akan hadir di Parlimen hari ini dan jika beliau tidak ke sana kita masih ada banyak program yang sudah dijadualka­n di Sabah untuk dihadiri LORETTO J PADUA Peguam

 ??  ?? *Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Jan 2018 dan RM500 menjelang Hari Raya Aidilfitri.
*Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Jan 2018 dan RM500 menjelang Hari Raya Aidilfitri.
 ??  ?? SHAFIE tersenyum sebaik keluar dari Kamar Majistret.
SHAFIE tersenyum sebaik keluar dari Kamar Majistret.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia