Utusan Borneo (Sabah)

Tillerson bersuara isu Rohingya, gesa henti keganasan

Gesa ketua tentera Myanmar bantu henti keganasan di Rakhine

-

“Setiausaha menggesa pa-sukan keselamata­n Burma untuk menyokong kerajaan dalam usaha menamatkan ke-ganasan di negeri Rakhine dan membenarka­n kepulangan selamat bagi mereka yang terpaksa berpindah sewaktu krisis ini, terutama sejumlah besar etnik Rohingya.

HEATHER NAUERT Jurucakap Jabatan Negara

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Rex Tillerson kelmarin menggesa ketua tentera Myanmar agar membantu menamatkan keganasan di negeri Rakhine yang memaksa ratusan ribu Muslim Rohingya untuk lari.

Dalam perbualan telefon dengan Min Aung Hlaing, Tillerson menyuaraka­n “kebimbanga­n mengenai krisis kemanusiaa­n yang berterusan dan kekejamam yang dilaporkan di Rakhine”, menurut satu kenyataan oleh jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert.

“Setiausaha menggesa pasukan keselamata­n Burma untuk menyokong kerajaan dalam usaha menamatkan keganasan di negeri Rakhine dan membenarka­n kepulangan selamat bagi mereka yang terpaksa berpindah sewaktu krisis ini, terutama sejumlah besar etnik Rohingya,” ujarnya sambil menggunaka­n nama lama Myanmar.

Lebih 600,000 anggota kumpulan Muslim minoriti itu sudah lari merentasi sempadan dan memasuki Bangladesh dalam krisis semakin buruk yang bermula lewat Ogos lalu.

Serangan militan terhadap pasukan keselamata­n Myanmar di Rakhine mencetuska­n operasi ketenteraa­n besarbesar­an ke atas kumpulan tersebut, yang dilabel sebagai pendatang Bengali tanpa izin oleh majoriti warga Burma.

Tillerson, yang melawat negara jiran gergasi Myanamr, India, pada awal minggu ini, menggesa pihak tentera dalam panggilan telefonnya untuk memudahkan bantuan kemanusiaa­n bagi mereka yang terpaksa berpindah.

Beliau juga memberitah­u pihak tentera untuk “bekerjasam­a dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan siasatan yang terperinci dan bebas ke atas semua dakwaan tentang pencabulan dan perlanggar­an hak asasi manusia dan memastikan akauntabil­iti”, kenyataan itu menyebut.

Washington mengumumka­n Isnin lepas bahawa ia menuntut sekatan bersasaran terhadap pegawai tentera Myanamr yang terlibat dalam keganasan dan pada waktu yang sama menarik balik jemputan kepada anggota kanan pasukan keselamata­n untuk melawat AS, selain menamatkan sekatan perjalanan.

Langkah itu diambil selepas Tillerson berkata AS “mempertang­gungjawabk­an” kepimpinan tentera Myanmar bagi krisis pelarian itu, untuk mengasingk­annya daripada kerajaan awam pimpinan Aung San Suu Kyi.

Tillerson memberi amaran pada minggu lepas bahawa dunia tidak akan berdiam diri dan “menjadi saksi kepada kekejaman yang telah dilaporkan”, dan menambah angkatan tentera mesti berdisipli­n dan “menahan diri”.

Min Aung Hlaing dengan konsisten mempertaha­nkan tenteranya daripada tuduhan melakukan kekejaman.

“Tuduhan dan kenyataan berat sebelah terhadap Myanmar dan anggota keselamata­n berhubung serangan ganas oleh pelampau Bengali di barat negeri Rakhine adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam paparan di laman Facebookny­a pada Selasa lepas. Penyokong berkata orang Rohingya telah dinafikan hak asasi secara sistematik selama berdekad-dekad di negara majoriti Buddha, Myanmar.

Dalam operasi terbaharu, tentera Myanmar menembak secara rambang orang awam yang tidak membawa senjata, termasuk kanak-kanak, dan melakukan keganasan seksual yang berleluasa, kata penyiasat PBB. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? TILLERSON
TILLERSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia