Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2018: Belanjawan untuk semua rakyat

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Bajet 2018 disifatkan belanjawan untuk semua rakyat di seluruh negara termasuk negerinege­ri ditadbir oleh kerajaan pembangkan­g.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, Bajet 2018 ternyata belanjawan yang inklusif, realistik dan komprehens­if.

“Ini membuktika­n keikhlasan dan keprihatin­an kerajaan Barisan Nasional (BN) Pusat yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa meletakkan kesejahter­aan dan kepentinga­n rakyat sebagai teras utamanya.

“Ini menunjukka­n apa juga keadaan ekonomi, kerajaan tidakakanb­erkompromi­dalam melindungi dan membela nasib rakyat,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media selepas mendengar pembentang­an Bajet 2018 di kediaman rasminya di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, kerajaan juga tetap beriltizam untuk memacu pertumbuha­n ekonomi negara seterusnya mensejahte­rahkan rakyat dengan beberapa langkah yang diumumkan Perdana Menteri pada pembentang­an Bajet 2018.

Katanya, kerajaan negeri dan rakyat Sabah juga merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sentiasa prihatin kepada keperluan pembanguna­n negeri serta kepentinga­n rakyat.

“Antara pembanguna­n untuk Sabah adalah usaha pembesaran Lapangan Terbang Sandakan dan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada sekolah-sekolah daif menerusi kaedah Sistem Binaan Berindustr­i (IBS).

“Begitu juga dengan peruntukan besar untuk perumahan rakyat, jambatan, jalan kampung, pengukuran tanah-tanah adat, bekalan elektrik dan air, mengukuhka­n lagi aspek keselamata­n menerusi Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), subsidi minyak dan gas, jalur lebar dan program 1Azam serta penyeragam­an harga barangan keperluan asas,” katanya.

 ??  ?? MUSA (tiga kanan) bersama Menteri Kabinet yang lain ketika menonton pembentang­an Bajet 2018.
MUSA (tiga kanan) bersama Menteri Kabinet yang lain ketika menonton pembentang­an Bajet 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia