Utusan Borneo (Sabah)

Projek jambatan manfaatkan rakyat

Limus sambut baik pengumuman kerajaan dalam Bajet 2018

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury menyambut baik pengumuman Perdana Menteri menerusi Bajet 2018 untuk melaksanak­an kajian kemungkina­n bagi pembinaan jambatan menghubung­kan Labuan dengan Menumbok di tanah besar Sabah.

Beliau yakin projek jambatan itu apabila dilaksanak­an nanti dapat memberi manfaat kepada penduduk di Sabah selain merancakka­n ekonomi di pulau bebas cukai Labuan.

“Kita mengalu-alukan dan menyambut baik langkah kerajaan ini, tambahan pula sememangny­a kita sudah lama menyuaraka­n perkara ini, termasuk di waktu persidanga­n Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan negeri bersama-sama Kerajaan Persekutua­nuntukmenj­ayakan perancanga­n bagi melaksana projek jambatan berkenaan.

Dalam pembentang­an Bajet 2018 di Parlimen pada petang Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumka­n kerajaan membuat ‘feasibilit­y study’ bagi membina jambatan menghubung­kan Labuan dengan tanah besar Sabah.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu bertujuan merancakka­n pembanguna­n di Labuan.

Sementara itu, Limus turut menyambut baik pengumuman kerajaan untuk memperkema­s infrastruk­tur logistik dan pengangkut­an untuk memastikan limpahan ekonomi seimbang antara bandar dan luar bandar.

Katanya, pengumuman itu merupakan berita gembira kerana semakin ramai rakyat akan memperoleh­i manfaatnya.

 ??  ?? LIMUS
LIMUS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia