Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Labuan sambut baik kelulusan jambatan oleh PM

-

LABUAN: Pemimpin dan rakyat di Wilayah Persekutua­n Labuan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meluluskan kajian kebolehlak­sanaan untuk membina jambatan menghubung­kan Labuan dan tanah besar Sabah bagi merancakka­n ekonomi Labuan.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata hasil sokongan rakyat dan perpaduan rakyat Labuan bakal menjadikan hasrat melihat jambatan berkenaan menjadi kenyataan.

Katanya, kerajaan mendengar suara rakyat Labuan yang beliau sampaikan disegenap saluran yang ada tanpa putus asa walaupun berbagai cabaran dihadapi.

Selain mengucapka­n terima kasih kepada Perdana Menteri, Rozman juga merakamkan ucapa terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang menyokong usaha berkenaan.

“Ramai sebenarnya yang sama-sama membantu saya dalam usaha ini termasuk pemimpin-pemimpin dari Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g. Terima kasih kepada Perdana Menteri yang mendengar denyutan nadi rakyat Labuan,”katanya.

KetuaPemud­aUmnoLabua­n, Dato’ Mohd Rafi Ali Hassan menyifatka­n pengumuman Perdana Menteri itu sebagai hadiah berharga buat warga Labuan dan Sabah.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutua­n yang telah memberi peruntukan kajian semula Pembinaan Jambatan Labuan Menumbok dengan kadar segera,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Terima Kasih Juga Kepada Tan Sri Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutua­n dan Datuk Rahman Dahlan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah bersetuju kajian ini dibuat secepat mungkin dan insyaAllah Jambatan LabuanMenu­mbok akan menjadi realiti dalam masa terdekat.

Beliau yang juga Ketua Pemuda BN Labuan berjanji beliau bersama-sama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional akan sama-sama membantuda­nterusberk­hidmat kepada rakyat Labuan.

Sementara itu, rakyat yang ditemui turut melahirkan rasa gembira kerana jambatan berkenaan akan memudahkan penduduk Labuan dan Sabah berulang-alik dari kedua-dua wilayah.

Kakitangan kerajaan, Mohizam Mohamad, 32, berkata rakyat Labuan sudah lama menanti untuk melihat pembinaan jambatan berkenaan menjadi kenyataan.

Katanya, kebetulan bidang minyak dan gas sedang merundumya­ngmengakib­atkan ekonomi Labuan merosot termasuk ramai yang dibuang kerja.

Seorang penduduk dari Kampung Kalanahan, Papar, Emran Mohd Kadrih, 37, begitu teruja dengan pengumuman Perdana Menteri itu kerana akan memudahkan penduduk Sabah yang bekerja di Labuan berulang-alik ke kampung halaman khususnya pada masa kecemasan sama ada untuk mendapatka­n rawatan di hospital di Kota Kinabalu mahupun menghadiri musibah yang menimpa keluarga di Sabah.

Rakannya, Mohd Anwar Abdullah, 40, yang berasal dari Beaufort menyifatka­n pengumuman Perdana Menteri itu sebagai langkah yang tepat pada masanya.

Beliau berkata, rakyat Sabah atau Labuan yang mempunyai urusan penting di kedua-dua wilayahter­paksamengo­rbankan wang yang banyak selain masa dan tenaga untuk balik ke kampung halaman atau mendapatka­n rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

 ??  ?? ROZMAN
ROZMAN
 ??  ?? MOHD RAFI
MOHD RAFI
 ??  ?? EMRAN
EMRAN
 ??  ?? MOHIZAM
MOHIZAM
 ??  ?? MOHD ANWAR
MOHD ANWAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia