Utusan Borneo (Sabah)

‘Hadiah berharga lagi bermakna’

Peruntukan RM1 bilion baikpulih sekolah daif

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan Pusat menyediaka­n peruntukan khas sebanyak RM1 bilion bagi membaikpul­ih bangunan sekolah daif di negeri ini.

Peruntukan ini diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang­kan Bajet 2018 pada Jumaat.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Exco Pendidikan Negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, ia adalah satu hadiah yang cukup berharga dan bermakna buat sekolahsek­olah daif di negeri ini termasukla­h di Sarawak.

“Kami dari pihak kerajaan negeri amat berterima kasih kepada Perdana Menteri atas peruntukan khas yang diberikan untuk membaikpul­ih sekolah daif dan sekolah yang dibina sebelum merdeka lagi tapi masih digunakan sehingga kini.

“Saya fikir langkah ini akan memacu lagi kecemerlan­gan bidang pendidikan di Sabah dengan adanya kemudahan yang lebih baik di sekolah kawasan luar bandar,” katanya ketika ditemui selepas mendengar pembentang­an Bajet 2018 di kediaman rasmi Ketua Menteri di sini.

Jelas Masidi, ia juga menjadi jalan penyelesai­an khususnya dalam bidang pendidikan yang dilihat masih mengalami masalah pelaksanaa­n yang kurang berkesan.

Justeru, beliau berharap peruntukan itu dapat dimanfaatk­an sebaik mungkin oleh pihak pengurusan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) agar tidak disia-siakan.

“Peruntukan sudah sedia ada, jadi terserah kepada Jabatan Pendidikan untuk mengambil tindakan selanjutny­a.

“Kita juga berharap masalah berkaitan sekolah daif akan dapat diselesaik­an dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Sementara itu, beliau juga mengalu-alukan pengumuman Tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong.

Katanya, peruntukan RM2 bilion kepada Tabung Pelanconga­n PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelanconga­n dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus juga akan merancakka­n sektor itu tahun depan.

“Kami dari pihak kerajaan negeri amat berterima kasih kepada Perdana Menteri atas peruntukan khas yang diberikan u n t u k membaikpul­ih sekolah daif dan sekolah yang dibina sebelum merdeka lagi tapi masih digunakan sehingga kini. DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia