Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan beri perhatian istimewa Sabah, Sarawak dalam Bajet 2018

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Masyarakat luar bandar di Sabah dan Sarawak terus mendapat manfaat dalam Bajet 2018 yang dibentangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengurangk­an jurang pembanguna­n bandar dan luar bandar.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menyifatka­n pengumuman Bajet 2018 merupakan usaha berterusan kerajaan dalam memperkasa­kan pembanguna­n luar bandar.

“Kita amat mengalu-alukan usaha kerajaan tumpuan berterusan untuk luar bandar termasuk usaha untuk memperkasa­kan orang asli dan pribumi Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata ini bukti keprihatia­n kerajaan untuk mengurangk­anh jurang pembanguna­n antara bandar dan luar bandar.

“Usaha berterusan ini tentu akan sejahterak­an masyarakat luar bandar,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2018 pada Jumaat.

Ronald berkata peruntukan RM 1 bilion untuk membaiki sekolah di Sabah adalah amat bertepatan dalam memastikan sistem pendidikan luar bandar itu lebih baik.

“Saya mengharapk­an agihan di peringkat negeri akan dilakukan dengan berkesan dan menyeluruh,” tegasnya.

Beliau berharap agar sekolahsek­olah daif di kawasan Parlimen Beluran akan dapat tumpuan dari pihak kementeria­n,” katanya.

Ronald berkata Sabah dan Sarawak juga menerima peruntukan yang besar seperti naik taraf sistem telekomuni­kasi RM 1 bilion melalui SKMM, baiki jalan RM 1 bilion dan projek mesra rakyat RM 1.1 bilion seperti menaik taraf jambatan, lampu jalan kampung, surau serta pasar.

“Peruntukan RM934 juta untuk projek jalan luar bandar termasuk hampir RM500 juta untuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

 ??  ?? RONALD
RONALD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia