Utusan Borneo (Sabah)

Lebih RM6.8 bilion untuk Sabah dan Sarawak

-

KUALA LUMPUR: Kemajuan dan kesejahter­aan penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak terus mendapat perhatian utama Perdana Menteri dengan lebih RM6.8 bilion diperuntuk­kan di bawah Bajet 2018 untuk melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n.

DatukSeriN­ajibTunRaz­ak, ketika membentang­kan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, mengumumka­n sebanyak RM1 bilion akan disediakan untuk Sabah dan RM1 bilion lagi untuk Sarawak bagi tujuan membaik pulih sekolah-sekolah daif melalui Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS).

Katanya, ini merupakan peruntukan terbesar yang disediakan oleh kerajaan bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, sejumlah RM2 bilion akan diperuntuk­kan untuk projek Lebuhraya Pan-Borneo.

Beliau berkata, kesemua 11 pakej pembinaan di Sarawak telah diagihkan manakala lima daripada 35 pakej Fasa Pertama di Sabah telahpun dianugerah­kan, dan 12 lagi dalam proses tender.

Perdana Menteri berkata RM1 bilion lagi akan diperuntuk­kan melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membangunk­an infrastruk­tur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

Katanya, hampir RM500 jutaakandi­peruntukka­nuntuk tujuan projek pembanguna­n jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, manakala RM620 juta lagi untuk projek bekalan elektrik di kedua-dua negeri itu yang akan membawa manfaat kepada 10,000 rumah luar bandar.

Sejumlah RM300 juta juga akan disediakan bagi bekalan air bersih yang akan meliputi 3,000 rumah di Sabah dan Sarawak, katanya.

“RM50 juta diperuntuk­kan untuk pemetaan dan pengukuran tanah-tanah adat, iaitu RM30 juta untuk Sarawak dan RM20 juta untuk Sabah,” kata beliau.

Program Penyeragam­an Harga Barang Keperluan Asas di Sabah dan Sarawak juga akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM80 juta di bawah Bajet 2018.

Bagi mewujudkan peluang menjana pendapatan, sebanyak RM10 juta akan diperuntuk­kan kepada Sabah dan RM10 juta lagi untuk Sarawak di bawah program 1AZAM.

Selain itu, bagi merancakka­n pelaburan, perdaganga­n dan industri, Najib berkata peruntukan akan disediakan bagi membina jalan akses ke Empangan Baleh di Sarawak.

Kerajaan juga merancang untuk membina baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Sandakan.

“Untuk merancakka­n pembanguna­n di Labuan, kerajaan akan membuat kajian kebolehlak­sanaan bagi membina jambatan menghubung­kan Labuan dengan tanah besar di Sabah,” katanya.

Golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) di Sabah dan Sarawak adalah antara 600 unit rumah seluruh negara yang bakal menerima manfaat perumahan di bawah program My Beautiful New Home atau ‘MyBNHomes’ , kata Najib.-Bernama

 ??  ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan bersalaman bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir di Parlimen bagi pembentang­an Bajet 2018 pada Jumaat.
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan bersalaman bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir di Parlimen bagi pembentang­an Bajet 2018 pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia