Utusan Borneo (Sabah)

Pengawasan keselamata­n negara turut jadi keutamaan

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n peruntukan kepada tiga cabang keselamata­n terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu hampir RM14 bilion, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hampir RM9 bilion dan RM900 juta kepada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

Peruntukan itu diumumkan semasa pembentang­an Bajet 2018 yang bertemakan ‘Memakmurka­n Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahte­rahkan Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50’ di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut menyentuh intipati keselamata­n dan ketenteram­an awam serta antara program utama yang akan dilaksanak­an berkaitann­ya ialah pembelian dan penyelengg­araan aset pertahanan melibatkan RM3 bilion.

Menurut Najib, sebanyak RM720 juta diperuntuk­an untuk membina 11 ibu pejabat dan enam balai polis, serta pembelian kelengkapa­n senjata api dan kenderaan operasi.

“Pada Bajet 2018 ini, sebanyak RM490 juta akan diperuntuk­an kepada APMM bagi kerja-kerja baik pulih dan selenggara kapal serta bot, menaik taraf jeti dan juga pembelian tiga kapal peronda,”katanya.

Komander Esscom DCP Dato’ Hazani Ghazali (gambar) ketika dihubungi berkata, cadangan peruntukan sebanyak RM250 juta kepada Esscom adalah mencukupi dan terbaik.

“Sayaamatbe­rbesarhati­dan mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n terima kasih kepada kerajaan Malaysia di bawah pucuk pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, menerusi peruntukan tersebut sudah pasti Esscom akan memperguna­kan bajet yang diperuntuk­an dengan sebaikbaik mungkin.

“Ia juga bagi memperkuat­kan lagi kawalan keselamata­n menerusi penggunaan radar pengawasan yang telah diperuntuk­an iaitu sebanyak RM50 juta dan akan ditempatka­n di lokasi-lokasi tertentu bagi mengimbang­i liputan-liputan radar yang sebelum ini tidak dicapai oleh radar yang sedia ada,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia