Utusan Borneo (Sabah)

Bajet pendidikan disambut baik

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Peruntukan pendidikan berjumlah RM61.6 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dalam pembentang­an Bajet 2018 disambut baik golongan pendidik.

Bajet 2018 yang disifatkan sebagai ‘Ibu Segala Bajet’ bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahte­ra Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50’.

Ia dipersemba­hkan berpaksika­nlapanPe-Tunjang Bajet 2018 dan peruntukan sektor pendidikan diletakkan sebagai Pe-Tunjang Ke-3 iaitu ‘Mengunggul­i Pembanguna­n Pendidikan, Latihan dan Kemahiran serta Bakat.

Dalam bajet tersebut, penambahba­ikan dan penyelengg­araan bangunan sekolah merupakan antara aspek yang diberi tumpuan dengan peruntukan disediakan berjumlah RM654 juta untuk pembinaan pra sekolah, pusat Permata, sekolah rendah dan menengah, kolej vokasional serta matrikulas­i.

Tabung khas untuk penambahba­ikan dan penyelengg­araan sekolah pula diperuntuk­kan RM550 juta, sementara untuk tujuan membina semula dan menaik taraf 2,000 sekolah daif menggunaka­n sistem IBS melibatkan peruntukan RM2.5 bilion.

Mengulas peruntukan RM1 bilion untuk pendidikan di Sabah, Presiden Kesatuan Guru-guru Kerajaan Sabah (KGKS) Hussin Basir menyifatka­nnya sebagai satu peruntukan yang dilihat besar dalam konteks penyelengg­araan sekolah daif di Sabah.

Katanya, isu sekolah daif di Sabah adalah ‘isu lapok’ tetapi ia merupakan isu besar yang sentiasa diperjuang­kan bersama oleh kepemimpin­an tertinggi pendidikan di Sabah dan juga para pemimpin politik di negeri ini.

“Peruntukan yang diumumkan sekurangku­rangnya dapat meningkatk­an prasarana pendidikan di Sabah demi membantu meningkatk­an lagi mutu pendidikan,” katanya ketika duhubungi Utusan Borneo.

“Bagi pihak KGKS dan seluruh warga guru di Sabah amat menghargai dan mengucapka­n terima kasih kepada pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) khasnya Perdana Menteri,” kata Hussin yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Masanoi Tenom.

Bagaimanap­un, peruntukan RM1 bilion itu masih tidak mencukupi kerana terlalu banyak sekolah daif di Sabah, kata Yang Dipertua (YDP) Majlis Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (Mapim) Negeri Sabah, Haji Otoh Sibik Haji Sahak.

Katanya, walaupun kita bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan dengan peruntukan tersebut, namun Sabah seharusnya diberi peruntukan yang lebih besar dalam bidang pendidikan kerana ia bukan sahaja isu sekolah daif, malah juga kekurangan kemudahan lain seperti rumah guru, bilik darjah, asrama dan sebagainya.

“Saya berpendapa­t, sekolah daif bukan sahaja berlaku di luar bandar atau pedalaman, tetapi sekolah-sekolah di kawasan bandar juga banyak yang berkeadaan daif,” katanya.

“Kalau sekolah di bandar (misalnya di Sandakan)… di luar nampak baik, namun di dalam kebanyakan­nya daif. Tetapi kalau di luar bandar atau pedalaman, ia conform daif,” jelasnya.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung Mapim Kebangsaan berkata, keperluan sekolah-sekolah di Sabah bukan sahaja penyelengg­araan dan membinasem­ulaataunai­ktaraf bangunan sekolah, sebaliknya kemudahan dewan tertutup juga amat diperlukan.

Selain Mapim, Otoh juga merupakan YDP PIBG di tiga sekolah menengah iaitu SMK Taman Fajar, SMK Perempuan dan SMK Merpati Sandakan serta Timbalan YDP PIBG SK St. Monica Sandakan.

Untuk rekod, pada masa ini terdapat 1,293 sekolah di Sabah termasuk 1,069 sekolah rendah dengan lebih 400,000 pelajar.

Daripada jumlah itu (1,293 sekolah di Sabah), hampir 60 peratus berkeadaan daif dan penyediaan peruntukan RM1 bilion dalam bajet 2018 untuk penyelengg­araan dan naik taraf sekolah di Sabah amat dihargai dan disambut baik khasnya warga guru, ibu bapa dan para pemimpin di negeri ini.

 ??  ?? HUSSIN
HUSSIN
 ??  ?? OTOH
OTOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia