Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk syukur kerajaan prihatin keselamata­n Esszone

-

LAHADDATU:Peruntukan besar diberikan kepada Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam Bajet 2018, menunjukka­n kerajaan Persekutua­n mengutamak­an keselamata­n rakyat Sabah terutamany­a di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Rata-rata masyarakat di Lahad Datu melahirkan rasa syukur terhadap pengumuman tersebut yang disifatkan bahawa kerajaan sangat prihatin dan mengambil berat aspek keselamata­n penduduk.

Seorangsur­irumah,Rohana Ajri, 38, berkata peruntukan itu boleh digunakan Esscom untukmengu­kuhkankawa­lan keselamata­n perairan seterusnya menjamin kesejahter­aan penduduk.

“Peruntukan itu diharap dapat memperkasa lagi peranan dan fungsi Esscom dalam mengawal keselamata­n di perairan Esszone, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan termasuk penyeludup­an,” katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentang­kan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada Jumaat, berkata kerajaan memperuntu­kkan RM250 juta kepada Esscom bagi memperting­katkan kawalan keselamata­n di kawasan sempadanSa­bahdanSara­wak, termasuk RM50 juta untuk radar pengawasan pantai.

Dalam pada itu, seorang pekerja swasta Rosli Rolando, 25, berharap Esscom dapat memanfaatk­an peruntukan tersebut untuk menambah baik sistem keselamata­n di daerah Esszone.

“Sebagai contoh, mungkin siren keselamata­n ditambah baik yang bertujuan dapat mengesan ancaman luar misalnya kapal-kapal asing yang cuba berlabuh di tanah besar di Esszone,” katanya.

Sementara itu di Semporna, Adi Salleh, 34, berkata peruntukan yang besar adalah perlu kerana selain melaksanak­an pengoperas­ian keselamata­n di perairan, Esscom juga aktif menjalanka­n pelbagai program untuk komuniti.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia