Utusan Borneo (Sabah)

Sebutan kes lelaki miliki 83kg pelbagai bahagian penyu pada 31 Okt

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Mahkamah Majistret di sini, Jumaat, membenarka­n permohonan pendakwaan oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) terhadap seorang lelaki yang dituduh memiliki 83kg pelbagai bahagian penyu.

Majistret Ferhansa Farene Mohd Ferdaus membuat keputusan itu terhadap Razif Maek, 32, yang kini menjalani hukuman penjara kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Berikutan itu, majistret memutuskan supaya tarikh sebutan semula kes lelaki terbabit yang didakwa memiliki pelbagai bahagian penyu ditetapkan pada 31 Oktober kelak.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa JHL Abdul Karim Dakog memohon kebenaran mahkamah supaya membenarka­n tertuduh dibawa keluar dari penjara untuk menjalani proses pendakwaan.

Menurut Abdul Karim, permohonan itu dibuat memandangk­an ketika ini tertuduh masih lagi menjalani hukuman penjara selama lapan bulan di penjara.

Tertuduh dipenjara pada 14 September 2017 sehingga 24 Februari 2018 akibat kegagalann­ya melunaskan hukuman denda sebanyak RM12, 000.

Abdul Karim memberitah­u mahkamah bahawa tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 yang memperuntu­kkan hukuman denda sehingga RM250, 000 dan penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Razif didakwa memiliki 53kg isi dan daging serta 30kg cengkerang dan tulang penyu hijau di perairan Pulau Denawan, Semporna kira-kira jam 4.30 petang, 25 Mei lepas.

Berdasarka­n Seksyen 1 Jadual 1 Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar (EPHL) 1997, Penyu Hijau salah satu spesies yang disenaraik­an dan dilindungi sepenuhnya di Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia