Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara sembilan tahun

Menyokong, memiliki imej Islamic State (IS)

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dikenakan penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas kesalahan memiliki imej kumpulan pengganas Islamic State (IS) dan memberikan sokongan.

Hakim Ravinthran N. Paramaguru menjatuhka­n hukuman berkenaan terhadap Aszhroy Achoi, 25, pada Jumaat selepas didapati bersalah untuk dua pertuduhan terbabit.

Ravinthran dalam penghakima­nnya berkata, beliau mempertimb­angkan faktor rayuan daripada pihak pembelaan dan hujah pendakwaan.

“Tertuduh masih muda dan hanya berada di dalam biliknya bersama telefon bimbit.

“Bagaimanap­un sesiapa yang memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas harus dikenakan hukuman berat,” katanya.

Tambahnya tindakan tertuduh juga mampu mempengaru­hi orang lain yang berada di sekeliling untuk melakukan hal yang serupa.

Pertama, tertuduh dalam pengetahua­nnya memberikan sokongan kepada kumpulan IS dengan menggunaka­n aplikasi sosial Facebook, atas nama Yohyo Illa’nun AlSaba Maliza.

Kesalahan dilakukan pada 5 hingga 19 Julai tahun lalu di Kampung Kota Bungan, Jalan Kudat di daerah Kota Belud.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 130 J (1) (a) Kanun Keseksaan, memperuntu­kkan penjara seumur hidup atau selama tempoh 30 tahun atau denda.

Selain itu boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniatkan melakukan kesalahan berkenaan.

Kedua, tertuduh memiliki sebanyak 44 imej mempunyai kaitan kumpulan terbabit di dalam sebuah telefon bimbit, pada 24 Julai tahun lalu jam10 pagi di Bilik Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud.

Aszhroy didakwa mengikut Seksyen 130 (1) (a) Kanun Keseksaan (Akta 574), penjara maksimum tujuh tahun atau denda, serta boleh dilucutkan manamana item yang digunakan.

Pertuduhan pertama Aszhroy dikenakan penjara tujuh tahun dan kedua dikenakan dua tahun, kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 27 Julai tahun lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Muhammad Fadzlan Mohd Noor dan Syazwani Mohd Sobri.

Peguam Jamadi Salleh mewakili Aszhroy.

“Tertuduh masih muda dan hanya berada di dalam biliknya bersama telefon bimbit. Bagaimanap­un sesiapa yang memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas harus dikenakan hukuman berat, HAKIM RAVINTHRAN N. PARAMAGURU

 ??  ?? ASZHROY (tengah) keluar dari kamar mahkamah.
ASZHROY (tengah) keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia