Utusan Borneo (Sabah)

Rompak: Lelaki kena penjara 12 tahun, satu sebat

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara 12 tahun dan satu sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas kesalahan merompak seorang lelaki.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhka­n hukuman berkenaan terhadap Mohd Amar Amat, 31, yang disabitkan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tempoh 14 tahun dan denda, atau dengan sebat.

Tertuduh mengaku bersalah merompak mangsa yang berusia 28 tahun, merampas beg sandang pada 4 Oktober jam 5 petang di kawasan parkir Hospital Queen Elizabeth 1, di sini.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pengadu membuka pintu kereta, meletakkan beg berisi dokumen penting, wang sebanyak RM350 dan telefon bimbit di tempat duduk pemandu.

Setelah itu, beliau menurunkan keduadua tingkap sebelum menghidupk­an enjin kenderaan, namun beberapa saat tertuduh bersama rakannya datang merampas beg berkenaan.

Pengadu yang melihat tertuduh menaiki kereta Proton melarikan diri, cuba menahan kenderaan terbabit tetapi dilanggar.

Beliau yang berada di hadapan kenderaan dibawa kira-kira 20 meter, sebelum tertuduh menekan brek menyebabka­nnya jatuh dan mengalami kecederaan.

Selepas itu, tertuduh dan rakannya melarikan diri dari tempat kejadian.

Ketika rayuan, Mohd Amar yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n kerana perlu membantu keluargany­a.

Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja menegaskan mahkamah perlu menjatuhka­n hukuman berat terhadap tertuduh kerana keseriusan kesalahan.

Tambahnya, kepentinga­n awam perlu diutamakan melebihi kepentinga­n tertuduh, di samping jenayah seperti itu sering berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia