Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki China dipenjara sebulan, denda RM70,000 menyamar doktor gigi

-

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warganegar­a China, yang menyamar sebagai doktor gigi, pada Jumaat dipenjara sebulan dan didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyediaka­n klinik pergigian yang tidak berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Hakim Harmi Thamri Mohamed @ Shaharuddi­n menjatuhka­n hukuman itu terhadap Chen Jianghong, 48, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah menyediaka­n klinik pergigian swasta yang tidak didaftarka­n dengan KKM di sebuah bilik hotel di Wisma Chha Yong Fay, Choon Kuan Pasar Baru, dekat sini pada 10.55 pagi 28 Sept lepas.

Mahkamah memerintah­kan Chen, selaku Orang Kena Saman (OKS), menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Sept lepas serta diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan, jika gagal membayar denda.

Pendakwaan dikemukaka­n mengikut Sesyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

Ketika membuat keputusan itu, Harmi Thamri berkata kesalahan yang dilakukan OKS adalah serius kerana dia tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran sebagai doktor pergigian serta membuka klinik yang tidak berdaftar dengan KKM.

“OKS, yang merupakan warga asing, tidak sepatutnya menjalanka­n rawatan pergigian tanpa sijil pengakuan daripada KKM,” kata hakim itu.

Terdahulu, peguam Tan Teck Yew (he) yang mewakili OKS memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya, yang bekerja sebagai pembantu doktor gigi, merupakan penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara ibu bapanya berusia 80 tahun, isteri serta seorang anak berusia lapan tahun yang berada di China.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin dari KKM memohon hukuman setimpal dengan mempertimb­angkan faktor kepetingan awam dan keselamata­n pesakit.

“Rawatan pergigian hanya boleh dilakukan oleh doktor yang mempunyai pengalaman dan berdaftar dengan KKM dan dalam kes ini, OKS bukanlah seorang doktor,” katanya.

Beliau berkata tindakan yang dilakukan oleh OKS dilihat tidak menghormat­i sistem perundanga­n di Malaysia dan sejak akhir-akhir ini, kejadian itu semakin menular di negara ini.

Nurul Khairiyah berkata pihak KKM juga telah menyelesai­kan beberapa kes serupa di beberapa negeri termasuk Kedah, Pahang dan Johor dan dikenakan hukuman denda antara RM250,000 dan RM300,000 oleh mahkamah.

Berdasarka­n fakta kes, OKS ditangkap oleh beberapa pegawai dari KKM ketika dia sedang menjalanka­n rawatan pergigian ke atas seorang lelaki di sebuah bilik hotel.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia